Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mulakhkhas Fiqhi, Panduan Fiqih Lengkap

Mulakhkhas Fiqhi, Panduan Fiqih Lengkap
Mulakhkhas Fiqhi, Panduan Fiqih Lengkap Mulakhkhas Fiqhi, Panduan Fiqih Lengkap
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir (4/2)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.3 x 16.4 x 11

ISBN: 9789792433548
Availability: In Stock
Price: RM200.00 RM169.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mulakhkhas Fiqhi, Panduan Fiqih Lengkap | Judul Asal (‘Arab): Al-Mulakhkhas Fiqhi | Penulis: Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullaah | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 3.4kg | Muka Surat: 3 jilid lengkap (Hard Cover). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Setelah melandasi hidup dengan ‘aqidah yang benar dalam menjalani tujuan dan fokus keberadaan di muka bumi ini,  iaitu untuk beribadah dan mengabdikan diri hanya kepada Allah semata, seorang muslim dituntut untuk melaksanakan ibadah tersebut sesuai dengan petunjuk dan tuntunan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan tidaklah dapat melaksanakan hal tersebut melainkan dengan ilmu, dan ilmu perlu dipelajari. Dan ilmu itu pula adalah yang bersumber dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Ini tidak lain adalah agar ibadah tersebut diterima Allah Subhanahu wa Ta’ala. Sebab, amal perbuatan seseorang, sebaik apapun ia, tidak akan diterima oleh Allah Ta’ala selagi mana tidak dilandasi oleh 2 perkara, iaitu:

Pertama: Dilakukan dengan ikhlash semata-mata kerana Allah. dan

Kedua: Mutaba’ah, iaitu dengan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ini adalah kerana ibadah itu pada dasarnya adalah dilarang, melainkan apa yang telah disyari’atkan oleh Allah melalui Rasul-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tidaklah menjadi ibadah melainkan apa yang telah disyari’atkan dan dilaksanakan dengan ikhlash semata-mata kerana Allah sebagaimana iqrar kita dalam dua kalimat syahadah, iaitu menyerahkan segala bentuk ibadah (pengabdian diri) semata-mata hanya kepada Allah dan dengan berdasarkan risalah yang dibawa oleh Rasul-Nya.

Oleh kerana itulah para ulama membuat sebuah kaedah dan menegaskan bahawa:

الأصل في العبادة التوقف \ التوقي

“Asal dalam ibadah itu adalah tawaqquf (behenti melainkan ada dalil padanya). (Rujuk: Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, 3/54. Syarah Al-Zarqani ‘ala Muwaththa’, 1/434. Ghoyatul Bayan, 1/79)

التقرير فى العبادة إنما يؤخذ عن توقيف

“Hakikat dalam ibadah adalah dengan mengikuti/mengambil dari apa yang telah ditetapkan (melalui dalil).” (Fathul Bari Syarah Shahih Al-Bukhari, 2/80)

أَنَّ الْأَعْمَالَ الدِّينِيَّةَ لَا يَجُوزُ أَنْ يُتَّخَذَ شَيْءٌ سَبَبًا إلَّا أَنْ تَكُونَ مَشْرُوعَةً فَإِنَّ الْعِبَادَاتِ مَبْنَاهَا عَلَى التَّوْقِيفِ وَاَللَّهُ أَعْلَمُ

“Bahawasanya segala sesuatu dari amal-amal di dalam agama itu tidaklah boleh diambil melainkan dengan hujjah (dalil) yang sah. Disebabkan itu, sesungguhnya ibadah itu adalah terhenti (cukup dengan mengikuti apa yang telah ditetapkan), wallaahu a’lam.” (Al-Adab Asy-Syar’iyyah, 2/381)

Sa’id bin Jubair rahimahullah (Wafat: 95H) berkata:

لا يقبل قول وعمل إلا بنية، ولا يقبل قول وعمل ونية إلا بموافقة السنة

“Tidak akan diterima ucapan dan amalan melainkan dengan niat (lahir dari hati kerana Allah). Dan tidak akan diterima ucapan, amalan, dan niat melainkan apabila bersesuaian dengan as-Sunnah.” (Ibnu Taimiyah, Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyu ‘anil Munkar, m/s. 64)

Maka sebab itulah dikatakan bahawa pintu tentang ibadah tertutup rapat. Suatu amalan tidak dapat disebut sebagai ibadah apabila tidak disyari’atkan dan dicontohkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Bahkan amalan tersebut akan menjadi sia-sia, tertolak dan tidak diterima di sisi Allah Subhanahuwata’ala.

Kata Ibnu Mas’oud radhiyallahu ‘anhu:

وَكَمْ مِنْ مُرِيدٍ لِلْخَيْرِ لَنْ يُصِيبَهُ

“Berapa ramai orang yang inginkan kebaikan, tetapi tidak mendapatkannya.” (Sunan Ad-Darimi, no. 210)

Maka dari itulah, seorang muslim dituntut agar mempelajari ilmu-ilmu, aturan-aturan, dan hukum-hakam yang berkaitan dengan ibadah tersebut agar bersesuai dengan petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, dan agar ibadah yang dilakukannya benar dan diterima di sisi Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Kata Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana diriwayatkan dalam sebuah hadis:

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ

“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap muslim.” (Sunan Ibnu Majah, no. 224. Dinilai hasan oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Jadi, buku ini adalah termasuk antara buku fiqih ibadah yang baik di antara buku-buku fiqih ibadah yang ada, khasnya bagi kalangan pemula dan para penuntut ilmu yang awam.

Buku ini ditulis dan disusun oleh Syaikh Dr. Soleh bin Fauzan Al-Fauzan hafidzahullah, salah seorang anggota Hai’ah Kibar Al-‘Ulama di Saudi ‘Arabia. Seorang yang faqih dan ‘alim dalam bidangnya. Beliau dikenal sebagai tokoh ulama yang banyak mendakwahkan tauhid dan aqidah kepada masyarakat, dan banyak pula fatwa-fatwanya yang tersebar serta diterima pakai oleh pelbagai lapisan umat Islam di serluruh dunia.

Sesuai dengan judul kitab ini, “Al-Mulakh-khash Fiqhi”, yang bermaksud “Fiqih Ringkas”, buku ini ditulis dengan metode yang ringkas, fokus, santai bahasanya, susunan perbahasan yang sistematik, dan mudah serta ringan untuk dicerna para penuntut ilmu. Kemudian ia didukung dan diperkuhkan pula dengan dalil-dalil utama dan penting bagi setiap perbahasannya, dan takhrij hadis-hadisnya pula dipandukan kepada kitab-kitab hadis Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah dan Syu’aib Al-Arna-uth yang diletakkan pada bahagian nota kaki tanpa mengganggu perbahasan utama, sehingga sekaligus menjadikan buku ini sangat istimewa dan wajar lagi sesuai ditela’ah khasnya bagi kalangan penuntut ilmu yang pemula.

Ini adalah kerana padanya memuatkan cakupan perbahasan penting fiqh Islam secara umum yang harus diketahui oleh kaum muslimin amnya dari bab thaharah, solat, puasa, zakat, haji, pernikahan, sampailah ke bab-bab yang akhir seperti perundangan, kenegaraan, dan hudud serta yang lainnya. Atau juga dikenal sebagai rangkuman fiqh ibadah, mu’amalah, fiqh munakahat, dan fiqh jihad serta perundangan. Dan perbahasan di dalamnya tidak pula terlalu berat untuk dicerna walaupun oleh kalangan pemula dan awam.

Semoga dengan lengkap dan tersebarnya edisi terjemahan buku ini, maka akan dapat membantu kita semua dalam mempelajari ilmu-ilmu fiqh yang utama dan penting sekaligus membantu kita untuk beramal dengan asas-asas amal yang sahih dan berpijak pula di atas prinsip ilmu yang benar lagi kukuh. [Disediakan oleh Atsar ent., www.atsar.ilmusunnah.com]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net