[*] Proses penghantaran (bagi seluruh Malaysia) akan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia Berhad sama ada Parcel Pos Malaysia Domestik (yakni Pos Kadar Sederhana bagi Sabah/Sarawak, sampai dalam masa 3 hingga 7 hari bekerja), Pos Ekspress (2 hari bekerja), atau PosLaju Pos Malaysia (Sampai dalam masa 1 hingga 2 hari bekerja). Ini bergantung kepada pilihan di pihak pembeli.
[*] Sebaik bayaran dibuat (yakni sebelum 4 petang pada hari bekerja), pesanan akan segera diproses dan diposkan pada hari yang sama ke nama dan alamat yang telah anda daftarkan. Atau selewat-lewatnya akan diposkan pada keesokan harinya pada hari bekerja. Jika bayaran pembelian dibuat ketika waktu cuti umum, atau cuti hari bekerja, maka pesanan tersebut akan diposkan sebaik hari mula bekerja, iaitu sebaik tamat cuti.
Manakala jika ada sebarang penangguhan atau seumpama, in-syaa-Allaah akan kami maklumkan sama ada melalui email, tel., sms/whatsapp, telegram channel atau facebook.
[*] Untuk semakkan penghantaran item, anda boleh merujuk di kolum; Track & Trace (di website Pos Malaysia) dengan menggunakan no. rujukan yang kami berikan.
[*] No. rujukan pengeposan akan diberikan dalam masa 24 jam sebaik proses pengeposan dibuat.
[*] Untuk lain-lain kaedah perkhidmatan pengeposan atau cash on delivery atau cash & carry, anda boleh hubungi kami di (+60)12-688-7715 (call/sms/whatsapp), atau e-mail kami di, [email protected].
[*] Untuk sebarang komen, teguran, maklum balas, atau penambah-baikan, sila hubungi kami melalui e-mail di [email protected].
Terima kasih kerana membaca. Jazakumullaahu khayran.