Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ada Apa Dengan Syi'ah? Mengungkap Fakta Ilmiyah Ajaran Syi'ah

Ada Apa Dengan Syi'ah? Mengungkap Fakta Ilmiyah Ajaran Syi'ah
Ada Apa Dengan Syi'ah? Mengungkap Fakta Ilmiyah Ajaran Syi'ah
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 20.6 x 14.6 x 1.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM14.00

5 or more RM11.20
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ada Apa Dengan Syi’ah? Mengungkap Fakta Ilmiyah Ajaran Syi’ah | Judul Asal (‘Arab): Bathlaan ‘Aqaa’idisy Syi’ah wa Bayaanu Zaighin Mu’tanqiiha wa Muftarayatuhum ‘alal Islaam min Maraaji’ihim Al-Asasiyyah | Penulis: Muhammad ‘Abdussattar At-Tunisiawi | Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 300g | Muka Surat: 184m/s. [Disediakan oleh Galeri Atsar, www.atsar.ilmusunnah.com]


Di antara kemungkaran, kesesatan dan perosak yang sangat besar bahaya kerosakannya kepada iman dan umat Islam adalah fitnah Syi’ah Rafidhah. Iaitu fitnah suatu kelompok yang paling bejat keburukannya.

Imam Abu Ya’qub Yusuf bin Yahya al-Buwaithi (murid Imam asy-Syafi’i) pernah bertanya kepada Imam Asy-Syafi’i:

أصلي خلف الرافضي؟ قال: لا تصل خلف الرافضي، ولا القدري، ولا المرجئ. قلت: صفهم لنا

“Bolehkah aku bersolat di belakang orang Syiah Rafidhah (sebagai makmum)?”

Imam Asy-Syafi’i berkata, “Jangan bersolat di belakang orang Syi’ah, orang Qadariyyah, dan orang-orang Murji’ah.”

Aku bertanya lagi, sebutkan ciri-ciri mereka kepadaku?

 قال: من قال: الايمان قول، فهو مرجئ، ومن قال: إن أبا بكر وعمر ليسا بإمامين، فهو رافضي، ومن جعل المشيئة إلى نفسه، فهو قدري

Jawab imam asy-Syafi’i, “Sesiapa yang mengatakan Iman cukup dengan perkataan maka dia adalah pengikut murji’ah. Sesiapa yang mengatakan Abu Bakr dan ‘Umar bukan imam (khalifah), maka dia Syi’ah Rafidhah. Dan sesiapa yang mengatakan perbuatan hamba bergantung kepada kehendaknya semata-mata maka dia adalah pengikut qadariyah.” (Adz-Dzahabi, Siyar A’lam Al-Nubala 10/31)

Imam Harmalah bin Yahya (Wafat: 243H) dan Imam Ar-Rabi’ B. Sulaiman Al-Muradi rahimahumallah (Wafat: 270H) berkata, “Aku mendengar imam Asy-Syafi’i berkata:

لم أر أحدا أشهد بالزور من الرافضة

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang mana aku benar-benar bersaksi akan kebohongannya melainkan dari kaum Syi’ah Rafidhah.”.” (Manaaqib Asy-Syafi’i, 1/468. Siyar A’lam an-Nubala’, 10/89)

Yunus bin ‘Abdul A’la rahimahullah (Wafat: 264H) berkata, “Aku mendengar imam Asy-Syafi’i apabila disebut nama Syi’ah rafidhah, beliau pun mencela mereka sekeras-kerasnya dan mengatakan bahawa mereka adalah seburuk-buruk golongan.” (Al-Baihaqi, Manaaqib Asy-Syafi’i, 1/468 – Daar at-Turaats)

Ramai tidak menyedari hakikat ini kenapa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah termasuk imam asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H) sampai mengatakan perkataan yang begitu keras terhadap golongan Syi’ah Rafidhah.

Sebenarnya jika kita teliti dengan baik-baik, nescaya kita akan lihat betapa buruk, keji, dan dustanya kaum Syi’ah ini. Mereka adalah seburuk-buruk ahli bid’ah di mana mereka menjadikan perbuatan laknat ke atas para sahabat Rasulullah sebagai sebahagian dari bentuk ibadah mereka. Kemudian mereka menjadikan sikap dusta yang dahsyat atas nama agama Islam dan syi’ar iman!

Namun pada hari ini, mereka (kaum Syi’ah) sering menyeru seolah-olah mereka-lah kelompok Islam yang paling benar dan tidak jauh perbezaannya dengan mazhab-mazhab Islam yang lainnya dari kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah. Mereka mengambil kesempatan atas kejahilan umat untuk menipu masyarakat seolah-olah perbezaan yang wujud di antara mereka dengan ahlus sunnah adalah sekitar masalah ranting atau furu’iyyah semata.

Namun secara hakikatnya, ianya tidaklah demikian. Justeru perbezaan yang terdapat antara mereka (Syi’ah Rafidhah) dengan ahlus sunnah adalah perbezaan yang sangat besar jurangnya dan tidak mungkin dapat dibiarkan begitu sahaja. Perbezaan Ahlus sunnah dengan Syi’ah Rafidhah adalah jurang antara Islam dan kafir. Oleh kerana itulah Imam Asy-Syafi’i melarang umat Islam solat bersama mereka.

Sementara yang sangat dibimbangkan adalah sedikitnya kalangan ahlus sunnah wal-jama’ah yang benar-benar punya pengetahuan mendalam tentang makar dan tipu-daya kelompok Syi’ah ini. Sehingga hal seperti ini membuka ruang kepada kelompok Syi’ah untuk memerangkap dan menjerumuskan ahlus sunnah ke dalam syubhat mereka yang penuh keburukan.

Kerana inilah sejumlah pihak telah meminta Samahatusy Syaikh Muhammad ‘Abdussattar At-Tunisiawi, Ketua Lembaga Ahlus Sunnah Pakistan untuk mengumpulkan (merangkum) sejumlah contoh i’tiqad (kepercayaan) kaum Syi’ah yang paling jelas menyelisihi Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya dalam sebuah risalah ringkas, agar kaum Muslimin mendapatkan kejelasan dan pengetahuan tentang hakikat sebenar agama Syi’ah.

Dan alhamdulillah, beliau telah memenuhi permintaan tersebut, semoga Allah membalas beliau dengan segala kebaikan. Beliau pun menyusun risalah atau buku ringkas yang penuh manfaat ini.

Risalah ini dipenuhi dengan sumber-sumber nukilan yang asli dari kitab-kitab utama agama Syi’ah Rafidhah sendiri yang tidak dapat disangkal lagi akan jelasnya kesesatan dan kekafiran mereka. Antara rujukan kitab sumber Syi’ah tersebut adalah seperti Ushulul Kafi oleh Al-Kulaini, Rijal Kisysyi, Tarjamah Maqbul Ahmad, Nahjul Balaghah, Fashlul Khithab oleh Al-Husain An-Nuuri Ath-Thibrisi, Tafsirush Shafi oleh Mulla Hasan, Al-Ihtijaj karya Ath-Thibrisi, Mir’atul ‘Uqul Syarh Al-Ushul wal Furu’ oleh Mulla Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi, Haqqul Yaqin oleh Muhammad Al-Baqir Al-Majlisi, dan beberapa lagi yang lainnya.

Penulis telah menjalankan kajian dan penelitian yang banyak dalam bidang ini. Dan beliau turut pernah sampai sendiri ke Najif, Karbala, dan Tehran, iaitu kawasan utama kaum Syi’ah Rafidhah di Iran, negara tempat letaknya pusat-pusat ritual ibadah mereka yang penting dan besar.

Di antara kandungan perbahasan buku ini adalah:

1, Kesyirikan Kaum Syi’ah terhadap Allah.

2, Aqidah Al-Badaa’.

3, Syi’ah memaksumkan para imam mereka dan kewajiban mentaatinya.

4, Mengimani bahawa Al-Qur’an yang ada hari ini tidak lengkap.

5, Penghinaan mereka terhadap Rasulullah dan ahli keluarganya termasuk Al-Hasan dan Al-Husain.

6, Penghinaan mereka terhadap isteri-isteri Rasulullah.

7, Penghinaan mereka terhadap Fatimah, puteri Rasulullah.

8, Penghinaan Syi’ah terhadap Khulafa’ur Rasyidin.

9, Aqidah taqiyyah (tipu-daya dan kepura-puraan).

10, Amalan perzinaan atas nama Nikah mut’ah (nikah kontrak).

11, Membolehkan menyewa kemaluan wanita.

12, Amalan sodomi atau liwat terhadap wanita.

13, Aqidah Ar-Raj’ah, Ath-Thinah, dan amalan atau ritual Nihayah (ratapan).

Semoga seluruh umat Islam dapat membuka mata dan sedar akan bahaya yang sedang mengintai mereka, iaitu serangan kaum Syi’ah Rafidhah yang semakin hampir.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net