Judul: Ringkasan Syu’abul Iman | Judul Asal (Arab): Mukhtashar Syu‘abul Iman | Penulis: Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) | Diringkaskan oleh: Al-Imam Abu Al-Ma’ali ‘Umar bin ‘Abdurrahman Al-Qazwaini | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Arnauth | Penerbit: Pustaka Azzam | Berat: 1.1kg | Muka Surat: 637 m/s. (Hard cover)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya):
“Iman itu ada tujuh puluh atau enam puluh cabang lebih, yang paling tinggi, (atau yang paling utama) adalah kalimat laa ilaaha illallaah (tiada tuhan yang berhak disembah dengan benar melainkan Allah) dan yang paling rendah adalah menyingkirkan gangguan dari jalanan, dan malu adalah sebahagian dari iman.”
Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkannya dengan lafaz:
“... iman itu ada enam puluh cabang lebih dan malu adalah sebahagian dari iman.”
Cabang-cabang iman, atau lebih dikenal dengan sebutan “Syu’ab al-Iman” dalam istilah agama, antaranya diambil dari hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam di atas.
Dalam menjelaskan sabda Nabi ini, para ulama telah berusaha keras menafsirkan dan memberi satu per satu cabang-cabang imam yang dimaksudkan, dan salah satu ulama yang mendalami masalah ini adalah Imam al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H).
Dalam bukunya yang berjudul Syu’ab al-Iman (Cabang-Cabang Iman), beliau membentangkan satu per satu cabang-cabang iman tersebut secara terperinci sebagaimana terkandung dalam pelbagai hadis-hadis, lalu beliau himpunkan di bawah bab-bab secara berurutan.
Setelah itu muncullah inisiatif daripada Imam Al-Qazwaini rahimahullah (Wafat: 699H) untuk meringkaskannya supaya lebih mudah untuk difahami dan dicapai oleh masyakarat Islam secara umum, sehingga hadirlah buku yang berjudul Mukhtashar Syu’ab Al-Iman (Ringkasan Syu’ab Al-Iman) ini.
Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan