Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

DVD MP3 Syarah Pengajian Ilmu Fiqih, Qowa'idul Fiqhiyyah, dan Ushul Fiqih

DVD MP3 Syarah Pengajian Ilmu Fiqih, Qowa'idul Fiqhiyyah, dan Ushul Fiqih
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah (Makassar)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.1 x 13.7 x 0.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM45.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: DVD MP3 Syarah Pengajian Fiqih, Qowa’idul Fiqhiyyah, dan Ushul Fiqih | Perbahasan Kitab: Kitab Al-Qowa’idul Kulliyyah wa Adh-Dhawaabith Al-Fiqhiyyah karya Ibn ‘Abdil Hadiy & Kitab Al-Waraqaat karya Imam A-Haramain | Pembahas: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Berat: 160g | Muka Surat: 1 DVD Mp3.


Dalam DVD ini terkandung dua set rakaman audio mp3, iaitu:

1, Perbahasan dan huraian Ilmu fiqih dan qowa’id (kaedah-kaedah)nya, berpandukan kitab Al-Qowa’idul Kulliyyah wa Adh-Dhawaabith Al-Fiqhiyyah yang disusun oleh Imam Ibnu ‘Abdil Hadi rahimahullah, atau juga dikenal dengan nama Ibnul Mibrat, atau nama lengkapnya Yusuf Ibnu Al-Hasan bin Ahmad Ibn ‘Abdil Hadi rahimahullah (Wafat: 909H).

2, Perbahasan dan huraian ilmu ushul fiqih, berpandukan kitab Al-Waraqaat. Iaitu kitab yang disusun oleh Imam Abul Ma’ali Al-Juwaini atau dikenal juga sebagai Imam Al-Haramain rahimahullah (Wafat: 478H).

Disampaikan, diperjelas, disyarah, dihurai, dan dijabarkan oleh Ustaz Dzulqarnain hafidzahullah dalam sebuah daurah (seminar khas) di Makassar (Indonesia) pada 16-24 Rejab 1432H (18 hingga 26 Jun 2011).

Sebuah rakaman daurah/seminar perbahasan ilmu yang sangat bermanfaat. Disarankan agar para penuntut ilmu mendengarnya agar mampu meraih faedah sekaligus menguasai asas-asas ilmu yang baik pada bidangnya.

Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas

Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.

Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.

Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998. Dikhabarkan beliau turut menghafal kitab-kitab matan penting dalam bidang ilmu dan juga menghafal kitab Shahih Muslim.

Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net