Judul: DVD Audio Daurah Kitab Musthalah Hadits Karya Ibnul Mulaqqin | Syarah/pembentang: Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As-Sunnah (Makassar) | Kitab Dibahas: At-Tadzkirah fii ‘Ulumil Hadits karya Ibnul Mulaqqin rahimahullah (Wafat: 852H) | Kandungan: 1 Set DVD Bersama Buku Matan Kitab At-Tazkirah fii ‘Ulumil Hadits (Karya Ibnul Mulaqqin) | Berat (DVD + Buku): 500g | Tarikh Daurah: 22 – 24 Mac 2013.
Ini adalah DVD berisi hasil rakaman huraian dan syarah terhadap kitab At-Tadzkirah fii ‘Ulumil Hadits karya Al-Hafiz Sirajuddin ‘Umar bin ‘Ali, yang dikenal dengan sebutan atau panggilan Ibnul Mulaqqin rahimahullah (Wafat: 804H). Beliau juga turut dikenal dengan julukan nama Ibnu Nahwi, kerana ayah beliau bernama Nahwi.
Penyusun kitab At-Tadzkirah ini (Ibnul Mulaqqin) termasuk salah seorang ulama hadis terkemuka di zamannya. Di antara guru beliau yang terkenal adalah Al-Hafiz Al-Mizzi rahimahullah (Wafat: 742H), Al-Hafiz Al-Lala’i, Ibnu Sayyidinnas, Taqiyuddin As-Subki, dan Al-‘Izz Ibnu Jama’ah rahimahumullaah.
Manakala beliau pula adalah salah seorang guru utama kepada penyusun kitab terkenal Syarah Shahih Al-Bukhari berjudul Fathul Bari; iaitu Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Dan Ibnul Mulaqqin sendiri, beliau turut memiliki syarah kepada kitab Shahih Al-Bukhari yang tidak kurang bagusnya dan sering dinukil oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar ke dalam Fathul Bari. Dan kitab beliau ini pada saat ini dikhabarkan telah tercetak menjadi setebal 40 jilid lebih berjudul At-Taudhih. Termasuk kitab beliau yang menakjubkan adalah Al-I’lam bi Fawa’idul ‘Umdatul Ahkam yang merupakan syarah kepada Kitab ‘Umdatul Ahkam. Dan Imam Ibnul Mulaqqin umumnya termasuk antara barisan ulama yang mengarang banyak sekali kitab-kitab, namun sayang sebahagian kitab-kitabnya terbakar dalam satu kebakaran dan yang tersisa hanya sebahagian kecil darinya.
Kitab At-Tadzkirah ini adalah kitab matan, atau sebuah kitab yang menyusun teks-teks ringkas atau kesimpulan-kesimpulan penting dalam ilmu Al-Hadits. Iaitu ilmu yang penting dalam mengenal kaedah-kaedah asas ilmu hadis, istilah-istilahnya, pembahagian-pembahagian hadis, pembahagian dan karektor rawi, mengenal asas-asas sanad periwayatan dan pembahagiannya, mengetahui asas-asas penting pembahagian hadis kepada; sahih, hasan, dha’if, atau maudhu’ dan seumpamanya serta faktor-faktornya, mengenal jenis-jenis matan hadis, dan banyak lagi yang lainnya.
DVD hasil rakaman audio huraian kitab ini dihadirkan untuk anda bersama-sama dengan kitab matannya (At-Tadzkirah fii ‘Ulumil Hadits) dari sebuah daurah (atau seminar pengajian) musthalah hadits di Ma’had As-Sunnah (Makassar) bersama pembentangnya Al-Uztadz Dzulqarnain hafidzahullah.
Jadi, edisi ini hadir dalam bentuk DVD (berisi rakaman pengajian intensif 3 hari oleh Al-Uztadz Dzulqarnain) bersama-sama buku matan kitab At-Tadzkirah karya Ibnul Mulaqqin. Semoga dengannya, para penuntut ilmu dapat menela’ahnya di samping mengikuti rakaman pengajian (syarah dan huraian kitab) yang tersedia pada DVD ini.
Biografi Pensyarah atau Pembentang Secara Ringkas
Beliau adalah Dzulqarnain bin Muhammad Sunusi, lahir di Makassar pada 17 Sya’ban 1396 H (12 Ogos 1976M). Setelah mula menuntut ilmu agama di pulau Jawa pada 1994, pada 1995 beliau meneruskan pelajaran di pelbagai bidang ilmu syari’at kepada ulama hadis terkemuka, iaitu Syaikh Muqbil bin Haadi Al-Wadi’iy rahimahullaah di Ma’had Dar Al-Hadits (Yaman), sampailah ke pertengahan tahun 1999 lalu menghafal Al-Qur’an 30 juz di sana.
Kemudian pada tahun 2004, beliau talaqqi pula kepada sejumlah ulama besar ‘Arab Saudi, di antaranya Syaikh Soleh bin Fauzaan Al-Fauzaan, Syaikh Ahmad bin Yahya An-Najmiy, Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdul ‘Aziz Al-‘Aqiil, Syaikh ‘Abdullah Al-Ghudayyaan, Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbaad, Syaikh Rabii’ bin Haadi Al-Madkhali, Syaikh Zaid bin Muhammad Al-Madkhali, Syaikh ‘Ubaid bin ‘Abdillah Al-Jaabiriy, Syaikh ‘Abdul Karim Al-Khudhair, serta beberapa ulama lainnya, semoga Allah merahmati dan menjaga mereka.
Selain mengkhatamkan Al-Qur’an sebanyak dua kali dari hafalan dengan membaca riwayat Hafsh dari ‘Aashim melalui jalan Asy-Syaathibiyyah dan Thayyibah An-Nasyr dari dua ahli Qira’ah; di Saudi beliau juga lebih menekuni dan mendalami pelbagai cabang ilmu agama kepada ulama-ulama tersebut dan mengambil sanad-sanad periwayatan kitab-kitab Salaf. Beliau juga sempat menghadiri beberapa majlis Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baaz dan Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahumaallaah pada musim haji tahun 1998. Dikhabarkan beliau turut menghafal kitab-kitab matan penting dalam bidang ilmu dan juga menghafal kitab Shahih Muslim.
Saat ini, kebanyakan aktiviti beliau adalah mengajar dan berdakwah di jalan Allah, di Ma’had As-Sunnah (Makassar), pelbagai daerah di Indonesia, dan beberapa tempat di luar negeri. Beliau juga turut aktif menulis dan menerjemahkan buku-buku dan artikel serta menjawab pertanyaan di beberapa media cetak dan beberapa website.