Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Etika Makan & Minum Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah

Buku Poket Etika Makan & Minum Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 14 x 9 x 0.3

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Etika Makan & Minum Menurut Al-Qur’an dan As-Sunnah | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 0.04gram | Muka Surat: 63 m/s.


Makan-makanan yang pelbagai dan beraneka bentuknya adalah termasuk limpahan nikmat dan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun, untuk menikmati setiap makanan yang dikurniakan Allah tersebut, ada adab-adab dan tuntunan sunnah-sunnahnya. Dan ini termasuk bimbingan serta aturan dari Allah Ta’ala dan Rasul-Nya.

Secara umumnya, umat Islam diperintahkan agar makan dan minum hanya dari apa-apa yang dihalalkan dan menjauhi segala bentuk makanan yang haram. Ini merupakan adab makan dan minum yang paling utama perlu difahami dan dipatuhi. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ

“Wahai manusia, makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa-apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang jelas bagimu.” (Surah al-Baqarah, 2: 168)

Allah Ta’ala juga berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari rezeki yang baik-baik dari apa yang Kami kurniakan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu mengabdikan diri.” (Surah al-Baqarah, 2: 172)

Maka, dalam rangka kita mensyukuri nikmat makan dan minum ini, hendaklah kita mengambilnya dengan etika dan adab-adab yang ditunjukkan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Dari itu, marilah kita pelajarinya baik-baik agar dapat kita fahami adab-adab ini dengan benar sekaligus memberikan kepada kita nikmat dan pahala berganda tatkala makan, serta dalam masa sama menjauhi adab-adab yang buruk lagi membawa dosa.

Dari itu, mari sama-sama kita ambil manfaat dan amalkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net