Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Buku Poket Tuntunan Praktis & Syar'i Berkurban

Buku Poket Tuntunan Praktis & Syar'i Berkurban
Terbitan: Pustaka Ibnu Umar
Product Code: Pustaka Ibnu 'Umar (12(1))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 9 x 14 x 0.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM3.50

50 or more RM2.25
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Poket Tuntunan Praktis & Syar’i Berkurban | Judul Asal (‘Arab): Disarikan dari beberapa karya ulama (Sholatul Mu’miin, Asy-Syarhul Mumti’, dan Al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab) | Penulis (penyusun): Abu Muhammad Ibnu Shalih bin Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu ‘Umar | Berat: 0.04kg | Muka Surat: 64 m/s.


Menyembelih haiwan korban merupakan syi’ar agama, dan merupakan satu ibadah yang disyari’atkan dalam Islam dan termasuk syari’at umat-umat terdahulu. Ia juga termasuk tanda syukur kita kepada Allah atas nikmat dan rezeki yang Dia anugerahkan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنْسَكًا لِيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَى مَا رَزَقَهُمْ مِنْ بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ فَإِلَهُكُمْ إِلَهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ

“Setiap umat para Rasul terdahulu, telah kami perintahkan untuk menyembelih haiwan korban. Mereka menyebut Nama Allah ketika menyembelih korban, sebagai tanda syukur kepada-Nya atas rezeki haiwan ternak yang diberikan kepada mereka.” (Surah Al-Hajj, 22: 34)

Mengagungkan syi’ar-syi’ar, syari’at, dan ketetapan Allah memiliki pahala dan keutamaan yang sangat besar.

Termasuk bentuk pengagungan syari’at Allah tersebut adalah dengan menyukai pelaksanaannya, merasakan status kehambaan di hadapan Allah ketika melakukannya, dan tidak mempersulit atau meremehkan syi’ar-syi’ar tersebut.

Ibadah korban ini merupakan sunnah yang dilakukan oleh Ibrahim ‘alaihis salam, yang merupakan bapa para Nabi, imamnya orang-orang yang bertauhid, sebagai tebusan bagi anaknya; Isma’il ‘alaihissalam. Kemudian Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam mengikutinya, dan menjadikannya sebagai Sunnahnya.

Hukum menyembelih haiwan sebagai korban setiap tahun adalah Sunnah mu’akkadah, iaitu suatu ibadah yang sangat dituntut dan ditekankan perlaksanaannya bagi setiap ketua keluarga yang berkemampuan. Dan inilah yang dilakukan oleh Nabi kita Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pada setiap tahunnya di ‘Iedul ‘Adh-ha.

Dari itu, dalam rangka menghidupkan, menyebar-luaskan, dan mempopularkan semula sunnah ibadah korban ini, maka buku kecil ini pun kami persembahkan kepada anda. Dalam buku ini, ia menjelaskan keutamaan, hikmah, dan pensyari’atan ibadah korban sebagai muqaddimah. Kemudian dijabarkn lagi dengan topik pengertian korban, hukum dan tuntutan-tuntutannya, waktunya, sunnah-sunnahnya, syarat-syaratnya, kaeedah-kaedahnya, jenis-jenis haiwannya, dan cara-cara menyembelih haiwan korban yang betul.

Kemudian buku kecil ini ditutup dengan beberapa tanya jawab (fatwa-fatwa) para ulama berkaitan dengan permasalahan korban yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat awam.

Semoga buku ini bermanfaat, menjadi pendorong, dan sekaligus membimbing kita dalam melaksanakan ibadah korban yang menjadi sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam saban tahun. Dengan saiz buku yang kecil dan kos yang rendah ini, ia juga amat sesuai untuk dijadikan sebagai risalah dakwah, edaran, hadiah, dan nota pembelajaran yang mudah dibawa.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net