Judul: Mutiara Hikmah Dari Kisah Para Nabi | Judul Asal (‘Arab): Qashashul Anbiyaa’| Penulis: Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah | Penerbit: Akbar Media | Berat: 700g | Muka Surat: 314 m/s. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menceritakan kepada kita kisah-kisah yang baik berupa khabar mengenai para Nabi-Nya di dalam kitab-Nya (Al-Qur’an). Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebutnya sebagai “kisah-kisah terbaik.” Sebutan Allah Ta’ala yang mulia ini menunjukkan bahawa kisah-kisah ini merupakan kisah yang paling benar, paling mengena, serta paling bermanfaat buat para hamba.
Di antara manfaat penting dari kisah ini adalah:
1, Merupakan penyempurna dan pelengkap iman kepada para Nabi, semoga selawat dan salam tercurah kepada mereka.
Ini kerana, walaupun kita telah beriman kepada seluruh nabi secara umum dan global, namun iman yang terperinci, iaitu iman yang diambil dari kisah-kisah mereka, dari apa yang digambarkan oleh Allah tentang mereka berupa kejujuran yang sempurna, dan sifat-sifat kesempurnaan lainnya yang merupakan sifat tertinggi; berupa keutamaan, kebaikan, serta perbuatan ihsan mereka kepada setiap manusia, bahkan kepada semua haiwan sebagaimana mereka melakukannya kepada makhluk yang berakal dalam hal memperhatikan haiwan tersebut dan memenuhi haknya, maka iman yang terperinci kepada para nabi yang seperti ini, ia akan menyampaikan para hamba kepada tingkatan iman yang sempurna, dan ini merupakan bahan baku bertambahnya iman.
2, Di antara faedahnya yang lain adalah bahawa di dalam kisah-kisah mereka menjadikan kuat keimanan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, meng-Esakan-Nya, ikhlas beramal hanya untuk-Nya, keimanan terhadap hari Akhir, penjelasan tentang keutamaan tauhid dan wajibnya bertauhid, serta kejahatan atau keburukan syirik yang merupakan sebab kebinasaan di dunia dan akhirat.
3, Di dalam kisah-kisah ini juga terdapat pelajaran bagi kaum mukminin agar mereka meneladani para nabi dalam seluruh kemuliaan agama:
i, Dalam perkara tauhid serta menegakkan peribadahan.
ii, Dalam perkara dakwah berupa sabar dan tegar pada setiap musibah yang menggoncangkan, dan menghadapinya dengan tenang, tenteram, serta di atas keteguhan yang sempurna.
iii, Dalam perkara kejujuran dan keikhlasan untuk Allah Subhanahu wa Ta’ala pada seluruh gerak dan diamnya, berharap pahala dan ganjaran dari Allah Ta’ala, tidak mencari ganjaran, upah, ataupun ucapan terima kasih dari makhluk, kecuali pada perkara yang bermanfaat bagi manusia.
Kisah tersebut juga mengandungi pelajaran tentang bersepakatnya mereka di atas satu agama dan satu dasar prinsip yang sama; iaitu berdakwah kepada seluruh akhlak yang mulia, amal yang soleh, serta memperbaiki keadaan, dan memberi peringatan terhadap hal-hal yang menyelisihi perkara tersebut.
4, Di dalamnya terkandung pula pelajaran-pelajaran dalam bidang fiqh dan hukum-hukum syar’i serta hikmah yang tersembunyi dari pelbagai hukum syari’at di mana seorang penuntut ilmu tidak boleh lepas darinya.
5, Di dalamnya mengandungi mau’idzah (nasihat) serta peringatan, motivasi serta ancaman, jalan keluar setelah datangnya kesempitan, mudahnya suatu urusan setelah kesukaran, pengakhiran yang baik yang dirasakan di dunia ini, pujian, dan kecintaan pada hati-hati para makhluk (terhadap mereka), yang kesemuanya ini menjadi bekal bagi orang-orang yang ebrtaqwa, kebahagiaan bagi orang yang beribadah, hiburan bagi mereka yang sedih, serta mau’idzah bagi orang yang beriman.
Jadi, bukanlah maksud dari kisah-kisah mereka ini sebagai sembang-sembang malam semata. Tetapi tujuan teragung dari pengkhabaran tentang mereka adalah sebagai peringatan dan pelajaran.
Ketahuilah sebelum memasuki kisah-kisah mereka, bahawa banyak dari kisah-kisah ini, Allah mengulang-ulang di dalam kitab-Nya bersesuaian dengan perbahasan. Seringkali suatu kisah pada suatu tempat memiliki tambahan dan pelajaran yang tidak didapati pada tempat-tempat lain. Atau datang dengan ungkapan yang berbeza dengan kisah yang lain tetapi mananya sama atau serupa. Kerana tulisan ini hanya merupakan ringkasan, saya akan menyebutkan kisha-kisah ini dengan mengumpulkannya pada satu tempat. Saya juga menitik-beratkan pada kefahaman terhadap makna ungkapan Al-Qur’an dari konsteksnya, dari awal hingga akhir lafaz.
Kemudian saya menambahkan pada setiap kisah dengan faedah-faedah (berupa pelajaran-pelajaran) ushuliyyah (prinsip-prinsip penting), furu’iyyah (cabang-cabang), adab, dan cabang-cabang ilmu yang lain yang dimudahkan Allah.
Semoga Allah Subhanahu wa Ta’ala memberiku taufiq untuk merealisasikannya, taufiq pad abenarnya ucapan, keikhlasan bathin dan sesuai dengan redha-Nya, serta menjadikannya manfaat yang luas. Dia-lah Yang Maha Dermawan lagi Maha Mulia.
Ditulis oleh penulis kitab:
Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Sa’di rahimahullah.
[Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]