Judul: Syarah Arba’in An-Nawawi | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) | Syarah: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Tahqiq/Takhrij: Tim Penerbit | Penterjemah: Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.35kg| Muka Surat: 858m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24cm (tinggi) x 17cm (lebar) x 3.5cm (tebal) | ISBN: 978-602-8062-80-0 |
Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), siapa yang tidak mengenal nama besar ini? Sungguh beliau adalah tokoh besar, seorang ulama yang memiliki keperibadian hebat, yang memiliki wibawa di pelbagai bidang ilmu, khasnya hadis dan fiqh. Ulama tahqiq bermazhab Asy-Syafi'i.
Tidak ada yang meragui keilmuan beliau di bidang fiqh dan hadis. Di antara karya beliau yang sering dibaca, dipelajari, dan ditelaah berulang-ulang oleh para ilmuan sehingga ke hari ini adalah Al-Arba'un An-Nawawiyyah, kitab yang memuatkan empat puluh dua hadis-hadis Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam terpilih yang termasuk dalam kategori jawaami'ul kalim (perkataan ringkas yang luas dan padat maknanya). Buku ini sering juga disebut sebagai kitab/matan hadis 40 Imam Nawawi.
Maka, tidak hairanlah apabila begitu ramai ulama sepeninggalan beliau berlumba-lumba dalam menuliskan syarah (penjelasan atau huraian) terhadap kandungan hadis-hadis di dalamnya. Ini mengisyaratkan keberkahan ilmu beliau, yang merupakan buah dari hasil keikhlasan usahanya. Sekaligus juga, betapa penting dan bermanfaatnya kitab tersebut kepada masyarakat.
Di antara karya yang hadir dalam menghurai dan menjelaskan kitab/matan hadis 40 tersebut adalah buku yang berada di depan kita ini. Sebuah karya susunan oleh Al-Ustaz Yazid bin Abdul Qadir Jawas. Salah satu usaha yang baik dalam rangka memasyarakatkan kebaikan-kebaikan yang terkandung di dalam hadis 40 susunan Al-Imam An-Nawawi.
Dalam buku ini penulis memberikan judul pada setiap hadis, takhrij hadis dan berusaha memberi penjelasan bersesuaian kedudukannya masing-masing, kemudian penulis mensyarah dan menjelaskan kandungan hadis-hadis tersebut satu per satu, baik berupa hikmah-hikmahnya, hukum-hakamnya, menerangkan kaedah-kaedah beserta faedah-faedah bagi setiap hadis tersebut yang disimpulkan oleh para ulama dan para masyaikh (syaikh), serta tidak lupa mencantumkan rujukan-rujukannya. Selain itu, penulis banyak meringkas dan membuat intisari berdasarkan karya Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali (dari karya Jami' Al-'Ulum wal-Hikam). Inilah antara nilai istimewa dan kelebihan bagi buku ini.
Semoga melalui buku ini, para pembaca akan dapat mengambil pelajaran yang berharga dari 42 pesan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki ciri jawaami'ul kalim ini. Seterusnya berusaha mengamalkan setiap perintah-perintah yang terkandung di dalamnya, dan dengan itu pula diharapkan larangan-larangan beliau akan ditinggalkan dengan kefahaman dan iman yang masuk ke dalam jiwa.