Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Hadits Arba'in Ustaz Yazid

Syarah Hadits Arba'in Ustaz Yazid
Syarah Hadits Arba'in Ustaz Yazid Syarah Hadits Arba'in Ustaz Yazid Syarah Hadits Arba'in Ustaz Yazid
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 2

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM84.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Arba'in an-Nawawi | Penulis: Ustaz Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi'i | Berat: 1.4kg | Muka Surat: 858 m/s.


Imam an-Nawawi rahimahullah, siapa yang tidak kenal dengan peribadi ulama yang sangat hebat dalam bidang ilmu hadis dan fiqh serta banyak meninggalkan karya tulis bermutu ini?

Kepakaran beliau di bidang hadis tidak ada siapa yang meraguinya. Di antara karya beliau yang sering dibaca, dipelajari, dan ditelaah para ilmuan adalah al-Arba’in an-Nawawiyyah, kitab yang memuatkan empat puluh dua hadis pilihan yang termasuk dalam kategori jawaami’ul kalim (perkataan ringkas yang luas dan padat maknanya).

Maka, tidak hairanlah apabila begitu ramai ulama sepeninggal beliau berlumba-lumba dalam menulis syarah (penjelasan atau huraian) terhadap kandungan hadis-hadis di dalamnya. Ini menandakan keberkahan ilmu beliau, yang merupakan buah dari hasil keikhlasan usahanya. Sekaligus juga, betapa penting dan bermanfaatnya kitab tersebut kepada masyarakat.

Pada hari ini, buku yang sedang berada di hadapan anda ini termasuk salah satu usaha yang baik oleh penulis atau penyusunnya (Ust. Yazid B. 'Abdul Qadir Jawas) untuk turut terlibat dalam menyebar-luaskan kitab Imam an-Nawawi tersebut, sebagaimana dilakukan para ulama terdahulu.

Dalam buku ini penulis memberi judul pada setiap hadis, takhrij hadis dan berusaha memberi penjelasan berdasarkan kedudukannya masing-masing, kemudian penulis mensyarahnya hadis-hadis tersebut satu per satu, bahkan menerangkan kaedah-kaedah beserta faedah-faedah bagi setiap hadis tersebut yang disimpulkan oleh para ulama dan para masyaikh (syaikh), serta tidak lupa mencantumkan rujukan-rujukannya. Inilah antara nilai kelebihan bagi buku ini.

Semoga melalui buku ini, para pembaca akan dapat mengambil pelajaran yang berharga dari 42 pesan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam yang memiliki ciri jawaami'ul kalim ini. Seterusnya berusaha mengamalkan setiap perintah-perintah yang terkandung di dalamnya, dan dengan itu pula diharapkan larangan-larangan beliau akan ditinggalkan dengan sendirinya.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net