Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i

Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i
Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi'i
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i (7(5))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24 x 17 x 3

ISBN: 9799793536225
Availability: Out Of Stock
Price: RM84.00 RM73.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Manhaj Aqidah Imam Asy-Syafi’i | Judul Asal: Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i fii Itsbaat Al-‘Aqiidah | Penulis: Asy-Syaikh Dr. Muhammad Al-Aqiil | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Berat: 1.2kg | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 17.6cm (lebar) x 3.8cm (tebal) | Muka Surat: 624 m/s (Hard Cover) | ISBN: 979-979-3536-22-5


Buku bertajuk “Manhaj Aqidah Imam asy-Syafi’i” ini adalah hasil dari thesis phd penulis (Syaikh Dr. Muhammad bin ‘Abdul Wahhab Al-‘Aqiil). Ia adalah sebuah buku yang menghimpunkan fakta-fakta ilmiyah tentang prinsip-prinsip ‘aqidah dan manhaj beragama salah seorang ulama besar kita iaitu Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H).

Kefahaman aqidah dari dasar dan dengan sumber-sumber yang benar adalah suatu yang amat-amat penting sebagai seorang Muslim. Atas dasar ini, wajarlah kita melihat kepada rujukan-rujukan yang benar dalam mengambil ‘aqidah. Sebagai contoh, di sini buku ini memberikan penjelasan yang jelas bagaimana manhaj beraqidah yang dipegang oleh imam asy-Syafi’i selaku tokoh imam ahli sunnah yang menjadi rujukan dan ikutan masyarakat Islam dunia secara umum. Iaitu termasuk seorang imam yang lantang mempertahankan As-Sunnah dan menyangkal bid’ah-bid’ah serta para tokohnya di zaman beliau. Dengan pembentangan prinsip-prinsip atau pegangan ‘aqidah imam asy-Syafi’i ini kepada umum sebagai contoh, maka akan lebih jelas segala pertikaian yang sering disalah anggap oleh kebanyakan kumpulan manusia yang kesasaran (tersalah) dalam berpegang kepada ‘aqidah Islam yang sebenar.

Buku ini antaranya membawakan perbahasan sekitar persoalan qadha’ dan qadar, tauhid rububiyah, tauhid uluhiyah, kefahaman terhadap al-asma’ wa sifat, i’tiqad terhadap hadis-hadis sahih, persoalan hadis ahad bolehkah dijadikan hujjah dalam persoalan aqidah, isu tangkal dan bomoh, pandangan Imam asy-Syafi’i terhadap sufi dan syi’ah, pandangan beliau terhadap Qadariyyah serta muktazilah, pegangan beliau dalam persoalan iman, ruqyah, hari kiamat, isu kuburi, menghadiahkan pahala kepada si mati, dan turut dimuatkan adalah beberapa bantahan kepada beberapa kefahaman yang menyimpang dari kebenaran.

Selain itu, buku ini turut memperkenalkan kepada umum siapa sebenarnya Imam asy-Syafi’i berdasarkan sumber-sumber rujukan yang benar; sejak dari awal kelahiran beliau, di mana dia dibesarkan, fasa-fasa beliau menuntut ilmu, sikap beliau terhadap ilmu, guru-guru beliau, anak-anak murid beliau, prinsip beliau terhadap sunnah, rehlah dan pengembaraan beliau mencari ilmu, karya-karya beliau, sehingga sampailah ke fasa kewafatan beliau.

Setiap perbahasan ini dibentangkan dengan kaedah dan methodologi Imam asy-Syafi’i berserta nukilan-nukilan dan fatwa-fatwa daripada Imam asy-Syafi’i sendiri. Ini antaranya dalam rangka memberi pencerahan sekitar perbezaan antara manhaj ‘aqidah yang benar dengan manhaj aqidah yang menyimpang. Maka, buktikanlah anda adalah pengikut imam asy-Syafi’i bagai di-kata. Benarkah anda mencontohi beliau dalam beragama dan mengambil Islam ini?!

Bukankah kita di Malaysia ini sering mendakwa dan mendabik dada mengamalkan Islam berdasarkan Mazhab asy-Syafi’i ahli sunnah wal-jama’ah. Tapi sayangnya, majoriti masyarakat Islam kita sendiri masih tidak tahu siapakah dia Imam asy-Syafi’i rahimahullah. Kenapa kita bermazhab Syafi’i? Apa karya-karya tulis beliau? Apa pegangannya? Bagaimana prinsip-prinsip ‘aqidahnya?

Lantas benarkah kita bermazhab dengan mazhab asy-Syafi’i? Atau kita sedang mengamalkan mazhab yg kita pun tidak tahu menahu?

Sepatutnya wajib bagi kita untuk mengenali siapakah ulama kita. Iaitu tempat di mana kita mengambil ilmu, agama, dan pendapat. Iaitu para ulama yang mewariskan ilmu-ilmu tinggalan Nabi berupa al-Qur’an dan as-Sunnah.

Tidak wajar sekiranya kita mengamalkan suatu ilmu dan menisbahkan atas nama ulama tersebut namun kita tidak mengetahui siapakah beliau.

Seorang tabi’in besar, Muhammad B. Sirin rahimahullah (Wafat: 110H) mengatakan:

إِنَّ هَذَا الْعِلْمَ دِينٌ فَانْظُرُوا عَمَّنْ تَأْخُذُونَ دِينَكُمْ

“Sesungguhnya ilmu ini adalah dien (petunjuk kehidupan), oleh itu telitilah dengan baik daripada siapa kamu mengambil ilmu agama.” (Mukaddimah Shahih Muslim, 1/33)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

“Sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris para Nabi. Dan para Nabi tidaklah mewariskan dinar mahu pun dirham. Namun, mereka mewariskan ilmu. Maka, sesiapa yang mengambil ilmu tersebut, benar-benar dia telah mendapat bahagian yang sangat besar.” (Sunan Abi Daud, no. 3641)

Oleh itu, sebelum kita mengambil ilmu ulama tersebut dan bermazhab dengan pendapat serta ilmunya, ada baiknya kita mengenali terlebih dahulu siapakah beliau. Kita fahami prinsip-prinsip beliau dan wasiat-wasiat beliau untuk kita semua. Semua ini insyaAllah ada dalam buku ini, sebuah buku istimewa menjelaskan kepada kita siapa dia Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah (Wafat: 204H).

Buku ini turut mendapat semakkan dan bimbingan dari Asy-Syaikh Al-Muhaddits Hammad Al-Anshari (rahimahullaah), Asy-Syaikh ‘Abdul Karim Murad Al-Atsari, Syaikh Dr. ‘Ali bin ‘Abdurrahman Al-Hudzaifi, Syaikh Dr. Soleh bin Sa’ad As-Suhaimi, dan Syaikh Dr. Muhammad bin Rabi’ Al-Madkhali.

Kandungan dan antara cakupan utama perbahasan buku ini adalah seperti berikut:

1, Biografi Al-Imam Asy-Syafi’i; kehidupan dan perjalanan ilmunya diikuti karya-karya berharga tinggalan beliau.

2, Prinsip-prinsip penting yang ditempuh oleh Al-Imam Asy-Syafi’i dalam mengambil dan menetapkan aqidah diikuti perbandingan dengan methode pengambilan aqidah yang ditempuh oleh kelompok-kelompok bathil di zamannya dan zaman setelah beliau.

3, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i dalam menetapkan keimanan.

4, Methode Al-Imam Asy-Syafi’i dalam menetapkan hukum terhadap pelaku dosa besar; Hakikat Syirik, hukum orang yang meinggalkan solat dengan sengaja, hukum ahli sihir, dan lain-lain.

5, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i dalam perkara Tauhid dan perbandingannya dengan methodologi yang ditempuh oleh kelompok muktazilah, jahmiyyah, jabbariyyah, ahli kalam, tashawwuf, dan golongan falsafah.

6, Perbahasan dan pegangan Al-Imam Asy-Syafi’i dalam hikmah penciptaan jin, sihir, hukum bersumpah dengan selain nama Allah, hukum tathayyur, dan beberapa perkara berkaitan permasalahan kuburan.

7, Sikap Imam Asy-Syafi’i terhadap Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah, dan Al-Asma’ wa Shifat.

8, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap sifat-sifat Allah.

9, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i dalam Mengimani Pengutusan Para Nabi.

10, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap Beriman Dengan Hari Kiamat; Fitnah dan nikmat Kubur, Hukum Menghadiahkan Pahala Bacaan Al-Qur’an, dan tentang hari Kebangkitan sebelum ke Syurga atau Neraka.

11, Manhaj Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap Qadha dan Qadar.

12, Sikap Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap para sahabat Nabi.

13, Sikap Al-Imam Asy-Syafi’i terhadap Ahli Bid’ah; Qadariyyah, Muktazilah, Syi’ah Rafidhah, dan Shufi.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net