Judul: Sebenarnya Siapakah Wahabi Itu? | Judul Asal ('Arab): Tashih Khatha’ Taarikhi Haula al-Wahabiyah | Penulis: Syaikh Dr. Muhammad B. Sa'ad asy-Syuwairi | Penerbit: Too Bagus | Berat: 300g | Muka Surat: 223m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Buku ini berbicara tentang sejarah munculnya kata wahabi dalam pembicaraan ulama dan kaum muslimin, bahkan ahli sejrah dunia (sama ada yang muslim ataupun yang bukan muslim). Dan sejarah tentang faktor serta sebab-sebab, dan juga tujuan istilah ini diwujudkan. Lalu kemudian ia disandarkan pula kepada dakwah Syaikh Muhammad B. Abdul Wahhab rahimahullah (1115H-1206H).
Siapakah sebenarnya yang bertanggungjawab memberikan julukan wahabiyah ini kepada dakwah ahlus sunnah wal-jama’ah? Benarkah Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah itu wahabi? Dan kenapa dakwahnya disebut wahabiyah dan sejauh manakah kebenarannya? Sehingga salafi pun disebut wahabi?
Soalnya, siapa itu wahhabi? Ada apa di sebalik perkataan wahhabi ini? Kenapa wujud istilah ini? Dari mana ia datangnya?
Buku ini ditulis oleh seorang Doktor Al-Azhar Cairo, Mesir pada tahun 1977 Masehi, dicetak pertama kali di Tithwan Maroko tahun 1407 Hijriyyah, dan cetakan ketiga ini telah diberikan pengantar oleh Rektor Universitas Islam Madinah iaitu Syaikh Soleh B. ‘Abdullah Al-‘Ubud.
Kata Syaikh Dr. Soleh al-‘Ubud di mukaddimah kitab ini:
“Saya berpandangan untuk mencetak buku berharga ini, iaitu “Tashih Khatha’ Taarikhi Haula al-Wahabiyah” karya yang dihormati Dr. Muhammad B. Sa’ad asy-Syuwai’ir.
Ini adalah buku yang isinya sesuai dengan judulnya, menjelaskan kekeliruan sejarah, yang disebabkan kekeliruan tersebut terjadilah tuduhan terhadap Syaikh al-Islam Muhammad B. ‘Abdul Wahhab rahimahullah dan dakwah beliau dalam mengajak umat kepada tauhid. Sebagaimana diketahui bahawa dakwah tauhid adalah dakwah para Rasul, dari awalnya sampai penutup para Rasul, iaitu Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.