Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Bekam Untuk 7 Penyakit Kronis

Bekam Untuk 7 Penyakit Kronis
Terbitan: Thibbia
Product Code: Thibbia
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 19.1 x 15 x 1.1

ISBN: 9786029642889
Availability: In Stock
Price: RM30.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sembuh Dengan Satu Titik 2, Bekam Untuk 7 Penyakit Kronis | Penulis: Dr. Wadda’ A. Umar | Penerbit: Thibbia | Berat: 400g | Muka Surat: 168m/s.


Menyusul kejayaan buku “Sembuh Dengan Satu Titik”, Dr. Wadda’ A. Umar kembali mengetuk minda para pembaca dengan buku yang kini terpapar di hadapan anda.

Berbeza dengan buku yang pertama yang membahas 100 macam penyakit, buku ini menumpukan perbahasannya kepada 7 jenis penyakit yang biasa ditemukan dalam kalangan masyarakat. Jangan dipandang remeh, meskipun ia termasuk penyakit yang lazim, namun ketujuh-tujuh penyakit ini bukanlah penyakit biasa. Sebut saja hipertensi atau darah tinggi, atau Diabetis Mellitus. Ia sering sekali muncul sebagai pembunuh dalam diam, mencipta komplikasi dalam sistem tubuh.

Kemudian, sebut saja kencing manis, kanser, rematik, penyakit radang hati, hiperirusemia, dan beberapa jenis sub-sub penyakit di bawahnya, memang sudah cukup mengerikan dan bahkan sukar untuk diubati.

Dr. Wadda’ adalah doktor medis serta terapis bekam yang berpengalaman. Cukup terkenal dalam bidangnya, iaitu di bidang ilmu perbekaman. Ketokohan beliau tampak dalam memadukan di antara keajaiban bekam, kemujaraban herba, dan kecanggihan tekonologi terkini.

Sama ada anda seorang pengamal perbekaman, orang marhaen, atau pembaca biasa dari kalangan penuntut ilmu, insyaAllah, buku ini memang sesuai untuk anda. Buku yang penuh informasi dan manfaat dalam bidangnya. Buku ini selain menjelaskan perbekaman dan titik-titik bekam di tubuh, di dalamnya terkandung pelbagai informasi penting tentang 7 jenis penyakit kronis yang sukar diubati dengan rawatan biasa, bahkan menelan belanja yang tinggi dengan rawatan di luar sana.

Namun, dengan ilmu perbekaman yang termasuk sebahagian dari perubatan warisan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, insyaAllah penyakit yang sebelumnya kronis memiliki peluang disembuhkan.

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda:

خَيْرُ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ

“Sebaik-baik perubatan (perawatan) yang kalian gunakan adalah Al-Hijamah (perbekaman).” (Musnad Ahmad, no. 12045. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net