Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Antara Jihad dan Terorisme

Antara Jihad dan Terorisme
Antara Jihad dan Terorisme
Terbitan: Pustaka As-Sunnah
Product Code: Pustaka As-Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.5 x 2.4

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM48.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Antara Jihad dan Terorisme | Penulis: Al-Ustaz Dzulqarnain M. Sunusi hafidzahullah | Penerbit: Pustaka As Sunnah | Berat: 800g | Muka Surat: 377m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
 
رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
 
“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan at-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
 
Dalam hadis yang lain, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
 
“Sesungguhnya amal yang paling utama setelah solat adalah jihad di jalan Allah.” (Musnad Ahmad, no. 4873)
 
Kemudian dalam hadis yang lain lagi, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
 
“Sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan ia tidak pernah ikut berperang, dan tidak pula pernah terdetik di hatinya untuk berperang, maka matinya termasuk ke dalam cabang kemunafikan.” (Shahih Muslim, no. 1910)
 
Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:
 
Sesungguhnya syari'at ini, dasar, dan asasnya dibina di atas pelbagai hikmah dan kemalahatan untuk segenap hamba dalam kehidupan dunia dan akhirat. (Syari'at Islam ini) seluruhnya adalah rahmat, seluruhnya adalah kemaslahatan, dan seluruhnya adalah hikmah. Setiap masalah yang menyimpang dari jajaran keadilan menuju kemelampauan, dari rahmat kepada kebalikannya, dari maslahat kepada mafsadah, dan dari hikmah kepada hal yang sia-sia, tidaklah tergolong ke dalam syari'at, walaupun hal tersebut dimasukkan ke dalam syari'at kerana suatu bentuk takwil (alasan yang lemah).
 
Abu Musa al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu berkata:
 
جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ الرَّجُلُ: يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلذِّكْرِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، فَمَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ قَالَ: «مَنْ قَاتَلَ لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُلْيَا فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
 
“Datang seorang lelaki kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam lalu berkata, “Seseorang berperang untuk mendapatkan ghanimah (harta rampasan perang), seorang yang lain agar disebut-sebut (menjadi terkenal), dan seorang yang lain lagi untuk dilihat kedudukannya. Maka, siapakah yang disebut fii sabilillah (di jalan Allah)?”
 
Maka Beliau bersabda: “Sesiapa yang berperang untuk meninggikan kalimat Allah dialah yang disebut fii sabilillah.” (Shahih al-Bukhari, no. 2810, 3126)
 
Lalu, siapakah dia yang benar-benar menegakkan kalimat Allah? Apa pra-syarat dan rukun-rukun dalam perjuangan jihad menegakkan kalimatul haq? Apakah cukup sekadar tutun berperang? Cukup sekadar melawan orang kafir?
 
Imam Al-'Izz B. 'Abdissalam rahimahullah (Wafat: 660H) berkata:
 
Apa jua peperangan yang tidak mewujudkan kekalahan musuh, wajib ditinggalkan kerana mempertaruhkan nyawa hanya dibenarkan dalam hal-hal yang memiliki maslahah kemuliaan agama dan bertujuan mengalahkan musuh. Apabila hal tersebut tidak tercapai, diwajibkan meninggalkan perang kerana ia hanya akan melayangkan nyawa dengan sia-sia, memuaskan hati-hati kaum kuffar, dan merendahkan kaum Muslimin. Dengan demikian (peperangan tersebut), hanya sekadar kerosakan semata, tidak membawa maslahah apa pun dalam lembarannya.” [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
 
Ikuti perbahasan antara jihad yang benar lagi syar'i dengan jihad yang menyimpang lagi menuju jalan kesesatan. Antara jihad di jalan Allah dengan jihad di jalan Syaitan. Awas, pastikan kalimat suci jihad difahami dengan maksud dan dalil-dalil yang benar. Agar tidak disalah-fahami sehingga mengakibatkan kerosakan dan tercemarnya nama Islam.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net