Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam

Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam
Terbitan: Rumah Dzikir
Product Code: Rumah Dzikir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1

ISBN: 9789799947406
Availability: In Stock
Price: RM27.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Sutra Ungu, Panduan Hubungan Intim Dalam Perspektif Islam | Penulis: Abu Umar Basyir | Penerbit: Rumah Dzikir | Berat: 230g | Muka Surat: 224m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Sebahagian dari bukti sempurnanya Islam, ia adalah agama yang menjadi petunjuk kehidupan bagi manusia. Sampai dari sekecil-kecil masalah, sehinggalah sebesar-besar masalah ada dikupas dan dijelaskan di dalam Islam. Dari hal-hal yang nyata tampak di depan mata, sampailah hal-hal yang ghaib dan berita-berita masa depan turut dibahaskan. Dari urusan buang air, sampailah urusan mentadbir negara dan dunia dijelaskan di dalamnya. Semuanya adalah dalam rangka mentauhidkan Allah, yang mana dari-Nya kita datang dan kepada-Nyalah kita akan dikembalikan. Kerana Allah yang telah menciptakan kita, maka Dia-lah yang lebih tahu akan apa yang Dia ciptakan. Oleh itulah, Islam adalah sebenar-benar manual petunjuk untuk manusia.
 
Dan di antara hal-hal yang turut dibahaskan dan diperincikan oleh agama yang indah dan cukup luas ini adalah suatu yang sering menjadi misteri di dalam selimut hidup berumah-tangga. Iaitu hal-hal yang mencakupi nikmat berumah-tangga suami isteri, dan hal-hal berkaitan hubungan intim di antara keduanya. Mungkin dalam keadaan tertentu, perbincangan sekitar isu seks termasuk perkara yang tabu, menyebabkan dipandang serong, dan memalukan. Namun, kita harus menerima bahawa Islam tidak mengabaikan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan jalan yang benar dalam merealisasikannya. Asalkan memenuhi adab dan ilmu dari sumber yang benar.
 
Buku ini dengan judulnya, Sutra Ungu adalah sebuah buku yang tidak kurang hebatnya. Ia tampil membahaskan persoalan fiqh hubungan intim atau seks dari kaca mata Islam.
 
Mungkin sebelum ini ramai yang tertanya-tanya akan sama ada wujud atau tidak perbahasan berkaitan seks dalam Islam, ataukah Islam mendiamkannya. Maka, buku ini tampil sebagai jawaban, sekaligus muncul sebagai rujukan panduan adab-adab seks dalam Islam. Ternyata Islam tidak membiarkan hal ini begitu sahaja, sebaliknya memberikan bimbingan dan panduan sebagaik bukti kesempurnaannya sebagai diin (jalan hidup).
 
Tidak kurang ramai pasangan suami isteri yang jahil dalam persoalan seks dan hubungan intim bersama pasangan mereka, tetapi mereka malu hendak bertanya dan mencari jawaban. Akhirnya ia menjadi sebab hubungan bertukar dingin.
 
InsyaAllah, buku ini mampu membimbing. Di antara nikmat-nikmat dalam hidup berumah-tangga adalah jalinan hubungan intim bersama pasangan yang halal, bahkan membuahkan pahala dan bakal diberi khabar gembira dengan berolehnya cahaya mata kurniaan Allah. Maka, jangan sia-siakan jalinan hubungan intim kalian bersama pasangan begitu sahaja. Sebaliknya, jalinkanlah ia dengan penuh romantis, kasih-sayang, dan ilmu yang benar. Semoga ia tidak hanya sekadar memuaskan nafsu di ranjang, tetapi juga mampu menjadi sarana ke arah hidup bahagia sekaligus membuahkan pahala dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah.
 
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis sahih riwayat Imam Muslim, Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata:
 

أَنَّ نَاسًا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُولَ اللَّهِ ذَهَبَ أَهْلُ الدُّثُورِ بِالْأُجُورِ يُصَلُّونَ كَمَا نُصَلِّي وَيَصُومُونَ كَمَا نَصُومُ وَيَتَصَدَّقُونَ بِفُضُولِ أَمْوَالِهِمْ قَالَ أَوَ لَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لَكُمْ مَا تَصَّدَّقُونَ إِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةً وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةٌ وَفِي بُضْعِ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيَأتِي أَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُونُ لَهُ فِيهَا أَجْرٌ قَالَ أَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِي حَرَامٍ أَكَانَ عَلَيْهِ فِيهَا وِزْرٌ فَكَذَلِكَ إِذَا وَضَعَهَا فِي الْحَلَالِ كَانَ لَهُ أَجْرًا

Beberapa orang dari sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bertanya kepada beliau, “Wahai Rasulullah, orang-orang kaya memiliki banyak pahala. Mereka melaksanakan solat sebagaimana kami solat, mereka berpuasa sebagaimana kami puasa, dan mereka dapat bersedekah dengan harta yang mereka miliki.”

Beliau pun bersabda: “Bukankah Allah telah menjadikan untuk kamu apa yang dapat kamu sedekahkan? Setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah dari yang mungkar adalah sedekah, dan persetubuhan salah seorang daripada kamu (dengan isterinya) adalah sedekah.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah salah seorang daripada kami yang melampiaskan syahwatnya akan mendapatkan pahala?”

Beliau bersabda: “Bagaimana pendapat kamu sekiranya dia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang haram, adakah dia mendapatkan dosa? Maka demikianlah juga jika ia melampiaskan syahwatnya kepada perkara yang halal, maka dia mendapat pahala.” (Shahih Muslim, no. 1006). [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Di antara skop perbahasan yang dikupas oleh penulis adalah sebagaimana berikut:
 
1, Sejauh mana pentingnya seks?
2, Salah faham tentang seks.
3, Pendidikan seks dalam Islam.
4, Malu berbicara soal seks.
5, Manfaat dan faedah seks.
6, Pendidikan dan Fiqh seks.
7, Titik klimaks.
8, Posisi dan variasi.
9, Hubungan seks yang menyimpang dan terlarang.
10, Ejakulasi.
11, Pengurusan seks.
12, Oral seks dari perspekstif Islam.
13, Hukum video seks demi membangkitkan ghairah.
14, Stamina.
15, Rahsia pemakanan.
16, Penggugah ghairah.
17, Tips menjaga stamina.
18, Kekerapan seks.
19, Hukum 'Azl
20, Saling memahami.
21, Bila harus mandi wajib?
22, Sentuhan malam pertama.
23, Beberapa catatan dan nasihat.
 
Serta beberapa lagi lainnya.
 
Semoga bermanfaat buat semua yang mahu memanfaatkannya. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net