Judul: Menanti Buah Hati & Hadiah Untuk Yang Dinanti | Penulis: Abdul Hakim B. Amir Abdat | Penerbit: Maktabah Mu'awiyah B. Abi sufyan | Berat: 850g | Muka Surat: 438m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]
Buku ini membahaskan sebahagian besar ahkamul maulud (hukum-hukum anak/kelahiran) dengan pengambilan dari dua dasar hukum Islam iaitu al-Qur'an dan hadis-hadis yang sah (sahih atau hasan) bersama perkataan ahli ilmu daripada kalangan Sahabat, Tabi'in, Tabi'ut Tabi'in, Imam Yang Empat dan lain-lain.
Di antara perbahasan ilmiahnya ialah berkaitan tuntutan dan keutamaan memiliki anak, anjuran memiliki ramai anak, anak sebagai ujian, anak sebagai buah hati, anak sebagai kurniaan Allah, hukum-hakam kehamilan, hukum-hakam (sunnah-sunnah) menyambut kelahiran, hukum-hakam nasab, pendidikan anak-anak, dan perkara-perkara yang bertentangan syari'at dalam hukum-hakam kehamilan, kelahiran serta pendidikan anak-anak.
Di antara skop utama perbahasan buku ini adalah:
1, Galakkan memiliki anak yang ramai.
2, Keutamaan memiliki anak.
3, Fasa pembentukan anak di dalam rahim ibu.
4, Anak adalah kurniaan Allah.
5, Keutamaan mendidik anak dengan baik.
6, Hamil di luar nikah dan persoalan nasab.
7, Sunnah-sunnah ketika menyambut kelahiran bayi.
8, Aqiqah.
9, Khitan.
10, Hukum air kencing bayi.
11, Mendukung anak ketika solat.
12, Anak yang mati sebelum baligh bagaimana keadaan mereka?
13, Asas-asas penting pendidikan anak.
14, Bid'ah-bid'ah sekitar kehamilan dan kelahiran.
[Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]