Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Meraih Syafaat Nabi

Meraih Syafaat Nabi
Meraih Syafaat Nabi
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Meraih Syafaat Nabi | Judul Asal ('Arab): Asy-Syafa'ah 'Inda Ahli as-Sunnah wal-Jama'ah wa ar-Raddau 'ala al-Mukhalifin fiiha | Penulis: Syaikh Dr. Nashir bin 'Abdurrahman al-Judai' | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 210g | Muka Surat: 183m/s. [Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Tidak dapat dinafikan bahawa semua orang memerlukan bantuan dan ingin urusannya dipermudahkan dalam semua hal. Untuk mewujudkan keinginan tersebut mereka rela melakukan apa sahaja, walaupun adakalanya cara dan jalan yang ditempuh melampaui batas-batas ketentuan yang telah digariskan. Sama ada disebabkan oleh kejahilannya, atau pun kerana kesesatan akidahnya.
 
Salah satu perkara yang sering kali manusia disibukkan dengannya dan melakukan banyak kesalahan padanya adalah dalam memahami persoalan syafaat. Ramai dari kaum muslimin yang belum mengerti hakikat syafaat, jenis-jenisnya, cara memperolehinya, kepada siapa meminta syafaat, dan tujuan syafaat itu sendiri. Akibatnya, terjadi begitu banyak kekeliruan bahkan kesesatan dalam memahami dan mengamalkan syariat Islam yang satu ini.
 
Buku ini tampil mengupas secara tuntas persoalan syafaat secara terperinci. Bermula dari pengertian syaafat yang sebenar, bentuk-bentuknya, sarana mendapatkannya, yang berhak memberi syafaat, dan jenis-jenis syafaat yang disyariatkan serta yang dilarang. Turut dibahaskan adalah bantahan pemahaman kaum-kaum yang sesat dalam memahami maksud syafaat dari kalangan Khowarij dan muktazilah. Semoga buku ini dapat memberi pencerahan bagi setiap muslim yang mampu menggapai syafaat di sisi Allah, dan agar terhindar dari perbuatan syirik dan bid'ah dalam menuntut syafaat yang diinginkan.[Disediakan oleh Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net