Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Siapa Bilang Musik Haram?

Siapa Bilang Musik Haram?
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq (2(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM18.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Siapa Bilang Musik Haram? | Judul Asal ('Arab): Tahrim Aalatith TharbPenulis: Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah (Wafat: 1420H) | Penerbit: Darul Haq | Berat: 280g | Muka Surat: 228m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com]


Perkembangan dunia muzik kini berkembang dengan begitu pesat sekali. Dengannya telah menjadi seribu satu kepentingan, seiring dengan gaya hidup manusia masa kini yang menganggap sangat mementingkan seni dan daya ketamadunan. Pelbagai teknologi dan peralatan telah dicipta seiring dengan keinginan muzik yang lebih kepuasan lagi luar biasa. Pelbagai genre muzik terus berevolusi dan dikehadapankan. Menjadi satu sumber pendapatan dan kewangan/ekonomi. Bakat-bakat baru terus dicari dan tampil ke khalayak umum. Lelaki dan wanita semuanya seiring berlumba mendapatkan tempat dan glamour.
 
Begitulah dunia muzik terus pesat mengambil tempat di segenap sudut kehidupan manusia. Bermula dengan genre muzik kompang, instrumental, joget lambak, nasyid, muzik islami, pop yeh yeh, retro, balada, seni tradisional, hip hop, metal, rock, heavy metal, sehinggalah kepada black metak dan muzik ganas. Kini ianya telah berjaya menguasai ke liang dalam hati-hati manusia seluruhnya. Segenap tempat dan ruang sentiasa dan pasti dipenuhi dengan suara-suara bingit yang bernama muzik. Dari ruang bilik-bilik rumah, kenderaan, pejabat, pasaraya, universiti, majlis-majlis, malah sehingga ke dalam masjid-masjid mereka pun kini dipenuhi dengan suara-suara muzik. Tanpanya, manusia menjadi lemah dan lesu. Begitulah betapa telah jayanya propaganda musuh-musuh Islam menguasai hati-hati umat Islam.
 
Dari itu, pernahkah kita terfikir bagaimanakah Islam meletakkan persoalan muzik ini sebenarnya? Bagaimanakah sebenarnya Islam meletakkan hukum berkaitan muzik yang semakin bermaharajalela ini? Di mana manusia semakin mabuk dan hanyut dengan kemerduan serta gemersik muzik dari hari ke sehari. Yang kini manusia ketagih dengannya, terasa sepi lagi sunyi tanpanya. Seakan kehidupan tanpa muzik boleh menjadikan mereka gila dan serabut.
 
Begitulah apabila kita meninggalkan Islam dalam menilai kewujudan dan perkembangan muzik tersebut. Yang dengan muzik, manusia menjadi gila, mabuk, tersihir, dan terpesona dengan pelbagai jenis syubhat dan kemaksiatan. Genderang muzik menjadi penebar semangat kepada pelbagai gejala kerosakan akhlak. Genderang muzik jugalah yang mengobarkan semangat menentang hukum-hukum Allah dari tunjang utamanya yang bernama tauhid. Dengannya jarum-jarum syubhat dan perosak jiwa dimasukkan. Melalui liriknya yang merosakkan aqidah dan agama menjadi makanan yang mudah dihadam disebabkan salutan istimewanya yang begitu lazat dengan iringan muzik mempersona. Racun-racun menusuk ke dalam jiwa dan hati tanpa dirasakan kesakitannya. Dengan tempoh tertentu, umat Islam tumbang satu demi satu. Diruntuhkan nilai-nilai keislamannya dari dalam lubuk jiwa tanpa sedar. Semuanya dengan senjata bernama muzik. Tiada senjata yang ampuh mampu merosakkan jiwa-jiwa umat Islam secara langsung. Namun, dengan jarum-jarum muzik ini, dengan mudah sekali umat Islam dimusnahkan. Jiwa-jiwa mereka diracun dengan keindahan yang menipu.
 
Maka dari itu, buku ini adalah di antara buku-buku yang hadir ke hadapan anda bagi menjelaskan persoalan sebenar muzik dari kaca mata Islam. Buku ini tampil dengan sebuah pembentangan berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an, hadis-hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, dan fatwa-fatwa serta pendapat para ulama dari generasi awal umat Islam iaitu generasi para sahabat, tabi'in, dan ulama setelahnya yang berpegang teguh di atas prinsip Ahlus Sunnah wal-Jama'ah. Sekaligus dengannya mampu menjadi neraca ukur terhadap fenomena muzik yang semakin bermaharajalela di persada dunia manusia antarabangsa. Yang dengannya umat Islam turut menjadi mabuk dan hanyut. Tertipu dengan pelbagai alasan seperti muzik berentak nasyid, muzik dzikir, muzik islami, dan seumpamanya. Maka, ubatilah jiwa-jiwa anda dengan membaca buku ini supaya tidak terus diracuni oleh muzik yang berbisa. Semoga mampu menjadi pengubat agar tidak lalai lagi sehingga melupakan al-Qur'an, as-Sunnah dan usaha mempelajarinya dengan tekun disebabkan telah enak dibuai muzik. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net