Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Kemuning Senja di Beranda Mekah

Kemuning Senja di Beranda Mekah
Terbitan: Shafa Publika
Product Code: Shofa Media Publika
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 15 x 1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM23.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Kemuning Senja di Beranda Mekah | Penulis: Abu Umar Basyier | Penerbit: Shofa Media Publika | Berat: 380g | Muka Surat: 210m/s.


Penulis mengatakan dalam mukaddimah buku ini:
 
Ini adalah hasil tulisan saya tentang kisah nyata penuh hikmah. Hati saya berdebar-debar bila membayangkan bahawa betapa banyaknya anak-anak manusia yang menyimpan kisah dalam hidup mereka. Yang bila dituturkan kembali secara apik, mampu menggugah semangat dan ketulusan kita dalam mengabdikan diri kepada Allah.
 
Buku pertama saya luncurkan ke pasaran kerana saya sendiri turut larut dalam penuturan kisah tersebut. Realiti di dalamnya sungguh menundukkan keangukan saya selama ini. Rasa angkuh yang kerap membuat saya mengabaikan banyak realiti di sekitar saya. Padahal, saya boleh mengungkapkannya dengan bahasa "dakwah", agar pelbagai hikmah dan pelajaran di dalamnya dapat diserap dan diambil faedahnya oleh ramai orang. Terutama sebahagian kaum muslimin yang saat ini banyak terbuai oleh angan-angan panjang keduniaan. Padahal dunia ini mengajarkan kepada kita potret kehidupan akhirat. Setiap desah kematian adalah bukti nyata dari keberlangsungan hidup setelahnya. Kerana bila tidak demikian, betapa sia-sianya "hidup" ini dibuat dan diciptakan.
 
Kisah sederhana ini pernah terjadi di negeri ini. Saya berjaya merangkumkannya dari sumber utamanya secara utuh jauh lebih mudah dari apa yang saya lakukan terhadap buku pertama saya dengan tema yang sama. Alhamdulillah, saya ingin memaparkannya kepada pembaca sekalian, sebagai tadabbur atau perenungan semesta yang sangat dianjurkan dalam al-Qur'an. Sebagai sebahagian dari meniti jalan yang lurus, iaitu jalan orang-orang yang dianugerahi kenikmatan oleh Allah sebagaimana tertera dalam Surah al-Fatihah. Yang sekurang-kurangnya 17 kali kita baca dalam sehari.
 
Kisah ini sangat sederhana. Tetapi di balik kesederhanaannya, melintas pelbagai hikmah dan ibrah yang wajib kita teladani. Mengabaikannya, sama dengan mengabaikan peringatan Allah melalui ayat-ayat-Nya di alam semesta ini. Wallahu a'lam.
 
Kisah ini adalah kisah nyata. Ia adalah sebahagian dari penderitaan panjang rakyat Aceh. Begitu banyak cerita duka yang tersimpan di sana, dan hingga detik ini masih menyisakan trauma, kepedihan, penderitaan, dan kesengsaraan. Sebahagiaannya ada yang sudah mampu tersenyum manis. Tetapi masih banyak yang hidup dalam ketidakpastian. Penyebab utamanya adalah "teguran" Allah, melalui badai dahsyat Tsunami yang mencengangkan seluruh penduduk bumi.
 
Sebagai Muslim yang baik, tentu kita patut mengambil pelajaran dari tragedi tersebut. Cerita ini adalah salah satu dari pelajaran tersebut. Tetapi itu hanya bererti bagi mereka yang sentiasa berfikir dan melakukan perenungan sejati.
 
Maka, hanya kepada Allah kita bertawakkal. Segala puji hanya milik-Nya semata...
 
Di balik sekian bencana yang mereka rasakan, di balik kepelbagaian musibah yang mereka rasakan selama ini, ternyata tersembunyi akar kebahagiaan yang baru terlihat menyeruak di senja itu. Akar itu menumbuhkan pohon Cinta yang begitu sejati. Cinta dalam balutan iman. Cinta anugerah yang tidak akan menjajah jiwa.
 
Selamilah hikmah di balik kisah seorang gadis bernama Rafiqah ini...

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net