Judul: Dasar-dasar Yang Berfaedah Dalam Tauhid dan Akidah | Judul Asal ('Arab): Al-Mufiidah fiit Tauhiid wal Fiqh wal 'Aqiidah | Penulis: Syaikh Yahya B. 'Ali B. 'Ali Al-Hajuri | Penerbit: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan | Berat: 150g | Muka Surat: 92m/s.
Kitab ini adalah bagi mereka yang ingin mengetahui tentang asas-asas aqidah atau ilmu tauhid, fiqh, dan manhaj. Ia disusun dan ditulis oleh Syaikh Yahya bin Ali al-Hajuri salah seorang murid terpilih Syaikh 'Muqbil bin Hadi al-Wadi'i (ulama hadis Yaman).
Soalan-soalan asas seperti apa maksud Rasulullah, ibadah dalam Islam, tauhid, iman, ihsan, dan yang lain-lainnya dijelaskan dengan baik dan mudah berpandukan dalil-dalil yang lengkap.
Makna sebenar tawassul, doa, bid'ah, solat 5 waktu, dan kaedah memahami nama-nama Allah juga turut dijelaskan melalui buku ini.
Kelebihan buku ini adalah susunan dan maklumat yang diberikan disampaikan secara ringkas, mudah, dan mantap. Semoga bermanfaat...