Judul: ‘Umdatul Ahkam | Judul Asal (‘Arab): ‘Umdatul Ahkam min Kalami Khairi Al-Anam | Penulis: Syaikh ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi | Penerbit: Media Hidayah | Berat: 500g | Muka Surat: 310m/s. (Hard Cover, Saiz Sederhana/Standard)
Buku yang ada di hadapan pembaca ini adalah terjemahan dari kitab ‘Umdah Al-Ahkam min Kalami Khairi Al-Anam atau biasa dikenal dengan sebutan ‘Umdatul Ahkam karya Syaikh Al-Hafidz Taqiyuddin Abu Muhammad ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Wahid bin ‘Ali bin Surur Al-Maqdisi yang diterbitkan oleh Dar Ibnu Khuzaimah, Riyadh, 1420H.
Kitab ini kami bandingkan dengan kitab sejenis yang diterbitkan oleh Dar As-Salam, Cairo, Mesir, 1423H. Apabila terdapat perbezaan matan, kami memilih yang masyhur (dan kami sertakan keterangannya pada catatan kaki).
Buku ini berisi ringkasan hadis-hadis berkenaan dengan permasalahan hukum yang telah disepakati kesahihannya oleh dua orang imam hadis, iaitu Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Untuk memudahkan pembaca mencari rujukan hadisnya, kami cantumkan kitab rujukan dan nombor hadis pada catatan kaki (yang dikutip dari kitab ‘Umdatul Ahkam terbitan Dar As-Salam, Cairo). Pada catatan kakinya, penterjemah dan editor juga menambahkan penjelasan terhadap istilah atau kata-kata yang sukar difahami yang diambil dari kitab Taisir Al-Alam Syarh ‘Umdatil Ahkam dan beberapa kitab lainnya.
Syaikh Al-Hafiz Taqiyuddin Abu Muhammad ‘Abdul Ghani bin ‘Abdul Wahid bin ‘Ali bin Surur Al-Maqdisi rahimahullahu Ta’ala berkata:
“Segala puji bagi Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Perkasa. Dia yang Maha Esa dan Maha Kuasa. Aku bersaksi bahawa tidak ada yang berhak diibadahi melainkan Allah sahaja. Tidak ada sekutu bagi-Nya. Dia adalah Rabb langit dan bumi serta segala yang berada di antara keduanya. Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba sekaligus utusan-Nya yang menjadi pilihan-Nya. Semoga selawat dan salam sentiasa dicurahkan atas beliau yang merupakan hamba pilihan. Semoga selawat dan salam juga dicurahkan atas keluarga dan para sahabat beliau yang merupakan para manusia pilihan.
Beberapa orang dari rakan-rakanku ada yang memintaku untuk membuat ringkasan hadis-hadis yang berkaitan dengan permasalahan hukum yang telah disepakati kesahihannya oleh Imam Abu ‘Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim Al-Bukhari dan imam Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusyairi An-Naisaburi. Lalu aku pun melaksanakan permintaan rakan-rakanku tersebut dengan harapan semoga ringkasan tersebut dapat memberikan manfaat untukku.
Aku memohon kepada Allah agar menjadikan buku ini bermanfaat untuk kita, orang yang menulis, mendengarkan, menghafalkan, atau bagi sesiapa yang mempelajarinya. Semoga Dia menjadikan amalan ini ikhlas kerana mengharap (pertemuan) dengan wajah Allah Yang Maha Mulia. Semoga amalan ini menjadi sebab untuk memperoleh keuntungan di sisi-Nya iaitu di Syurga yang penuh nikmat. Sesungguhnya Allah akan mencukupi (keperluan) kita. Dia adalah sebaik-baik penolong.” (Muqaddimah ‘Umdatil Ahkam)
Semoga bermanfaat.