Judul: Buku Poket Amalan Harian Seorang Muslim | Penulis: Abu Muhammad Ibnu Shalih B. Hasbullah | Penerbit: Pustaka Ibnu 'Umar | Berat: 40g | Muka Surat: 64m/s. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Buku bersaiz kecil ini amat sesuai dijadikan sebagai panduan dan motivasi dalam meningkatkan kualiti amal-amal soleh kita seharian. Buku ini padat diisi dengan bimbingan amal-amal harian sebagaimana yang disunnahkan dan memiliki ganjaran pahala besar dari Allah Ta'ala sama ada amal-amal berkaitan hubungan terhadap Allah atau berkaitan hubungan sesama manusia.
Semoga amal-amal yang kita laksanakan bersesuaian dengan saranan Al-Qur'an dan As-Sunnah agar ia membuahkan pahala dan keredhaan Allah Subhanahu wa Ta'ala. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam Al-Qur'an menyebutkan, "Sesiapa yang melaksanakan amal-amal soleh, sama ada lelaki atau pun perempuan dan ia dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya ia akan kami kurniakan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka lakukan." (Surah An-Nahl, 16: 97)
Di antara bentuk-bentuk amal dan fadhilat-fadhilat amal yang dibentangkan dalam buku kecil lagi bermaklumat ini adalah seperti kepentingan niat, keutamaan dakwah, mendidik anak-anak, menuntut ilmu, mendoakan kaum muslimin, taubat, dzikir harian, solat dan ibadah di malam hari, keutamaan memberi makan, keutamaan membaca dan memahami Al-Qur'an, siwak, berwudhu', melaksanakan solat fardhu berjama'ah, merapikan saf-saf solat, melaksanakan dan menjaga solat-solat sunnah, keutamaan akhlak yang baik, menjalinkan ukhuwah, berbuat baik kepada kaum keluarga, berdoa, dan banyak lagi lainnya. [Hak cipta Atsar Enterprise, www.atsar.ilmusunnah.com. Tidak dibenarkan membuat salinan tanpa kebenaran]
Semoga asas-asas amal yang dibawakan buku ini mampu dilakukan dengan istiqomah. Agar ia membuahkan pahala dan ganjaran besar di akhirat dari sisi Allah Ta'ala.