Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Panduan Lengkap Shalat Tahajjud

Panduan Lengkap Shalat Tahajjud
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Product Code: Pustaka Ibnu Katsir
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.4 x 12.3 x 1.3

ISBN: 9789793956151
Availability: In Stock
Price: RM16.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Panduan Lengkap Shalat Tahajjud | Judul Asal (‘Arab): Kaanu Qaliilan minal Laili ma Yahja’uun | Penulis/Penyusun: Asy-Syaikh Muhammad bin Su’ud Al-‘Uraifi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Tim Penerbit | Penerbit: Pustaka Ibnu Katsir | Berat: 0.3kg| Muka Surat: 258 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.4cm (tinggi) x 12.3cm (lebar) x 1.3cm (tebal) | ISBN: 978-979-3956-15-1 |


Solat adalah tiang agama Islam, amal dan bukti keimanan yang paling tinggi dan sarana yang paling baik dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah. Sebagaimana dalam sebuah hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلاَمُ، وَعَمُودُهُ الصَّلاَةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ

“Kepala segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2616. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Solat adalah tempat berlindung dan memohon pertolongan bagi orang yang bertaubat, tempat bernaung bagi orang yang takut kepada Allah, dan tempat orang yang berharap kepada kebaikan di hari akhirat. Solat adalah ladang perniagaan bagi orang-orang yang beramal.

Solat adalah syi’ar dan bentuk peng-agungan kepada Allah, dengannya hati dididik untuk bersikap tulus dan disucikan, dengan solat yang sempurna ianya akan menjaukan dari sebarang keburukan dan kemungkaran.

Solat terbahagi kepada beberapa bahagian. Ada solat fardhu yang diwajibkan dan ada pula solat sunnah yang sangat dianjurkan dan ada pula yang disunnahkan agar dibiasakan.

Salah satu ibadah solat yang sangat dianjurkan agar tidak ditinggalkan perlaksanaannya setelah ibadah (solat) yang wajib adalah solat malam atau solat tajahhud. Inilah ibadah yang sangat utama, sangat bermanfaat, dan sangat agung. Bahkan ianya merupakan solat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sedikit pun walaupun ketika saat safar (dalam perjalanan).

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَاسْجُدْ لَهُ وَسَبِّحْهُ لَيْلًا طَوِيلًا

“Dan pada sebahagian dari malam, maka bersujudlah kepada-Nya dan bertasbihlah kepada-Nya pada bahagian yang panjang di malam hari.” (Surah Al-Insaan, 76: 26)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الْفَرِيضَةِ، صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Solat yang paling afdhal setelah solat yang difardhukan adalah solat malam.” (Shahih Muslim, no. 1163)

Kenyataan ini sangat disedari dan sedia difahami oleh generasi Salaf Ash-Shalih dengan baik, sehingga kita akan mendapati sangat sedikit sekali mereka tidur di malam hari, bahkan pada sebahagian besar malam-malam mereka, mereka gunakan untuk solat.

Sehingga Allah pun menyebutkan tentang mereka di dalam Al-Qur’an:

يَتْلُونَ آيَاتِ اللَّهِ آنَاءَ اللَّيْلِ وَهُمْ يَسْجُدُونَ

“Mereka membaca ayat-ayat Allah pada beberapa waktu di malam hari seraya mereka bersujud.” (Surah Ali ‘Imran, 3: 113)

Juga di ayat yang lebih awal:

كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (17) وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ

“Bahawa mereka (ketika di dunia) sedikit sekali tidur di waktu malam, dan mereka beristighfar (memohon keampunan) di waktu sahur.” (Surah Adz-Dzariyaat, 51: 17-18)

Namun, ketika keadaan telah terbalik dan hubungan kita dengan Allah mula melemah, sebahagian besar dari ilmu mula dipinggirkan, maka semakins edikit pula orang-orang yang mampu bangun dan melaksanakan solat di malam hari. Maka terluputlah keutamaan yang sangat besar, sehinga hari demi hari umat Islam pun berada dalam kemunduran dan semakin mundur. Sedangkan sebelumnya mereka telah menempa sebuah sejarah yang gilang-gemilang, memimpin dan menyatukan seluruh bangsa yang ada. Sungguh keadaan ini benar-benar membuat hati menjadi pilu dan menangis.

Oleh kerana itu, tidak ada sarana yang dapat memperbaiki keadaan umat Islam ini melainkan dengan sarana yang telah memperbaiki awal keadaan umat ini dahulunya. Inilah yang telah banyak dipertegaskan oleh bukan sedikit dari kalangan salaf sendiri.

Keadaan salaf menjadi baik dan berkat hidayah yang mereka raih adalah dengan cara memperbaiki hati dan mempertingkatkan hubungan mereka kepada Allah yang Maha Mengetahui segala sesuatu. Sudah tentu semua itu dibina dengan banyak sebab dan faktor sebagaimana yang telah terakam dalam banyak riwayat dan kisah yang sahih, bahkan dalam wahyu yang diturunkan baik dalam Al-Qur’an mahupun hadis. Dan di antara yang paling utama dari semua itu adalah memiliki waktu untuk menyendiri bersama Allah, bersimpuh dan bersujud memohon keampunan dan petunjuk di malam hari, di dalam solat-solat malam mereka bertahajjud dan bertasbih.

Dan atas tujuan itu buku ini disusun oleh Asy-Syaikh Muhammad bin Su’ud Al-‘Uraifi, yang antaranya dalam rangka menjelaskan keutamaan, kepentingan, dan tatacara yang benar melaksanakan solat malam dan tahajjud di malam hari, seraya membantu untuk memotivasikan kita semua untuk mengerjakannya di malam-malam hari kita.

Kandungan dan perbahasan buku ini disusun secara ilmiyah dan berbentuk penulisan akademik. Secara umumnya, buku ini dibahagikan kepada beberapa bahagian fasal:

1, Pensyari’atan solat-solat sunnah dan keutamaannya.

2, Keutamaan solat malam; hukumnya, tatacaranya, adab dan etika, manfaat dan hikmahnya, sengaja meninggalkan dan meremehkannya, faktor-faktor yang membantu dan dapat mendorong melaksanakan solat malam.

3, Solat witir.

4, Riwayat dan atsar serta gambaran solat malam Nabi, para sahabat, dan salaf ash-shalih, serta wasiat dan pesanan mereka terkait solat malam. Diikuti riwayat-riwayat sahih yang menjelaskan aktiviti para salaf ketika malam hari; waktu tidur mereka, waktu jaga mereka, ibadah mereka, aktiviti ilmu mereka, dan kekuatan mereka tatkala malam tiba, serta hal-hal yang mendorong mereka dalam melaksanakan ibadah di waktu malam.

5, Beberapa permasalahan (kemusykilan) terkait solat malam dan pencerahannya.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net