Pertarungan di antara kebenaran dengan kebatilan akan terus berlangsung sehingga ke hari akhir nanti. Masing-masing dari keduanya memiliki tokoh-tokoh pembela dan penyerunya. Penyeru kebenaran berusaha menyelamatkan umat dan membawanya ke jalan yang lurus agar mendapatkan kebahagian yang sebenar. Sebaliknya, penyeru kebatilan berusaha menyesatkan dan merosakkan umat. Mengajak masyarakat ke kancah taksub dan fanatik buta. Mengajak manusia hanyut dengan falsafah dan akal untuk meninggalkan jalan kebenaran.
Di antara senjata yang paling ampuh digunakan oleh pendukung kebatilan adalah talbis dan syubhat dengan mencampur-adukkan di antara kebatilan dengan kebenaran. Ramai manusia terpedaya dan terperangkap lantaran jauhnya dari kefahaman dan manhaj yang benar dalam memahami agama.
Oleh kerana itulah, masyarakat perlu memahami bagaimanakah mencari jalan kebenaran yang sebenar sekaligus mampu membezakan di antara yang benar dengan yang batil. Kesalahan dan kesilapan dalam mengambil jalan agama akan mengakibatkan kesesatan yang parah sehingga membawa kepada kehancuran pada diri dan masyarakat.
Bersyukurlah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, kerana Dia telah memberikan petunjuk kepada kita melalui Kitab-Nya dan utusan-Nya Rasulullah Shallalalhu 'alaihi wa Sallam yang membawa kefahaman dalam memahami agama ini. Diikuti dengan para Sahabat Rasulullah yang menjadi pendukung dan penyebar agama kebenaran ini.
Melalui buku ini, penulis mengajak pembaca menghayati dan membezakan di antara yang benar-benar haq dan batil.
Di antara kandungan tajuk-tajuk utama perbahasan yang dibawakan oleh penulis adalah:
1 - Penulis mengajak kita semua mengenali kepentingan ilmu dan mengenali siapakah ulama yang sebenar.
2 - Kemudian penulis mengupas siapakah ahlus sunnah yang sebenar.
3 - Kemudian bagaimanakah manhaj dan kaedah mengambil agama serta mengenali kebenaran.
4 - Apakah garis pemisah di antara manhaj kebenaran dengan kebatilan.
5 - Kedudukan akal dalam Islam.
6 - Fiqhul waqi' dan situasi semasa.
7 - Kaedah membersihkan jiwa.
8 - Kaedah muwazanah dalam timbangan.
9 - Bagaimana untuk menyatukan manusia.
10 - Memboikot orang kafir dengan cara yang benar.
11 - Perbahasan tentang bom bunuh diri, adakah syahid?
12 - Fitnah sururiyyah.
13 - Hakikat tarekat kesufiyan.
14 - Persamaan Syi'ah dan Yahudi.
15 - Bahaya gerakan Ahmadiyah.
16 - Siapakah ahli bid'ah dan kewajiban meninggalkan mereka.
17 - Adakah negara adalah tujuan dalam dakwah?
19 - Perbezaan di antara negara Islam dengan kafir.
20 - Membedah syubhat takfir masa kini.