Judul: Asy-Syamail Al-Muhammadiyah | Judul Asal (‘Arab): Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah | Penulis/Penyusun: Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah (Wafat: 278H) | Tahqiq/Takhrij: Muhammad Masnur Hamzah | Penterjemah: Muhammad Masnur Hamzah | Penerbit: PTS Publishing House | Berat: 1kg| Muka Surat: 484m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 23.4cm (tinggi) x 15.9cm (lebar) x 2.9cm (tebal) | ISBN: 978-967-411-896-9 |
Kitab Asy-Syama’il Al-Muhammadiyyah merupakan karya Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah yang menghimpun 56 bab pada menggambarkan adab, wibawa, karektor, keperibadian dan sifat fizikal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sampailah kepada bab tentang bermimpi melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Keistimewaan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak hanya dikenal dari keindahan akhlaknya, namun juga keagungan wibawanya serta keberkahan fizikalnya, antaranya sebagaimana disebutkan dalam hadis:
“Ketika beliau berwudhu’ maka sebahagian mereka hampir saja saling berkelahi merebutkan sisa wudhu’nya. Jika beliau berbicara maka mereka pun merendahkan suara mereka dan mereka tidak mampu mempertajamkan (melamakan) pandangan mereka kepadanya kerana kewibawaannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2731)
Hadis di atas menunjukkan betapa besar rasa cinta dan hormat para sahabat kepada beliau. Hadis tersebut juga menjelaskan di antara kekhususan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam; bagaimana tubuh beliau penuh dengan keberkahan, rambut beliau, ludah beliau, serta peluh beliau, sebagaimana dijelaskan dalam banyak hadis.
Buku ini hadir mengajak kita untuk mengenal Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara lebih dekat agar kita dapat meraih manisnya iman.
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Tiga perkara jika terdapat pada diri seseorang maka dia akan merasakan manisnya iman; (di antaranya) jika Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya...” (Shahih Al-Bukhari no. 16, 21. Muslim no. 43)
Semoga bermanfaat.