Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Rejab 1439H (April 2018) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 190g | Ukuran: (27.6x20.5x0.35)cm | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Usaha Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi Rejab 1439H (April 2018)
1, Doa agar mendapat keampunan di hari pembalasan.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya);
Bagaimana cara membayar zakat bagi tahun-tahun yang tertinggal?
Bagaimana sikap terhadap orang yang meninggalkan solat?
Bagaimana cara taubat bagi orang yang meninggalkan solat?
3, Kolum Tafsir; Tafsir Surah Az-Zalzalah.
4, Kisah Al-Qur’an; Dzulqarnain Penguasa Yang Adil (bahagian ke-2).
5, Kolum Hadits; Hikmah dan faedah dari kisah sahabat Nabi yang berhubungan dengan isterinya di siang Ramadhan.
6, Kolum Perbahasan Utama; “Sumber Pengambilan Akidah Islam.”
7, Kolum Aqidah; Allah subhanahu wa Ta’ala yang Maha Bijaksana (Al-Hakiim).
8, Kolum Manhaj; 3 Asas Dsalam Memahami Nama-nama & Sifat-sifat Allah Ta’ala.
9, Kolum Al-Kaba’ir; Menzalimi hamba merupakan dosa besar.
10, Kolum Fikih; Kaffaarat dalam Islam.
11, As-Sirah An-Nabawiyah; Kedatangan Utusan Kindah.
12, Tazkiyatun Nufus; Ibadah, Dirahsiakan atau Ditampakkan?
13, Kolum Baituna; Pentingnya Memahami Hikmah Allah.
14, Kolum Uswah Nabi; Rasulullah Menyukai Doa yang Padat Maknanya.
15, Kolum Fadhail; Keutamaan Shalat Maktubah, Shalat Juma’at, dan Puasa Ramadhan.
16, Fikih Usrah; Suami Isteri saling memotivasikan untuk berbuat taat kepada Allah.
17, Kolum Tarbiyatul Aulad; Anak Mudah Tersingung dan Pendendam.
18, Kolum Syakhshiyah; Jabir bin ‘Abdillah Al-Anshari, Pemilik Keutamaan Yang Banyak.
19, Percuma Teks Khuthbah Juma’at; Berbaik Sangka Kepada Allah.
Semoga bermanfaat.