Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru)

Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru)
Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru) Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru) Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru) Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru) Subulus Salam Syarah Bulughul Maram (Cetakan Baru)
Terbitan: Darus Sunnah
Product Code: Darus Sunnah
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.7 x 16.7 x 18

ISBN: 9786027965881
Availability: In Stock
Price: RM240.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Subulus Salam Syarah Bulughul Maram | Judul Asal (‘Arab): Subulus Salam Syarh Bulughil Maram | Penulis/Penyusun: Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) | Syarah: Asy-Syaikh Muhammad bin Ismail Ash-Shan’ani rahimahullah (Wafat: 1182H) | Tahqiq/Takhrij: Sayyid bin Ibrahim Al-Huwaithi | Penterjemah: Muhammad Isnani, Muhammad Rasikh, dan Muslim Arif | Penerbit: Darus Sunnah | Berat: 5.4kg | Muka Surat: 4 Jilid lengkap (Hard cover) | Ukuran buku: 24.7cm (tinggi) x 16.7cm (lebar) x 18cm (tebal) | ISBN: 978-602-7965-88-1 |


Kitab Subulus Salam merupakan salah satu karya terkenal dari Al-Imam Ash-Shan’ani rahimahullah. Kitab ini merupakan syarah (huraian dan penjelasan) hadis-hadis dari kitab Bulughul Maram karya Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H). Bulughul Maram adalah sebuah kitab yang menghimpunkan dan menyusun hadis-hadis terpenting dan asas dalam perbahasan fiqh empat mazhab ahlus sunnah.

Kitab Subulus Salam sangat masyhur di kalangan kaum muslimin di kalangan pelbagai mazhab dan golongan, dan antara yang paling masyhur menguraikan hadis-hadis dari kitab Bulughul Maram. Ia termasuk salah satu khazanah fiqh Islam yang amat penting bukan sahaja kepada para pengkaji, tetapi juga kepada para penuntut ilmu dan golongan awam sama ada sebagai salah satu set buku atau kitab yang dipelajari atau sebagai koleksi rujukan.

Di antara kelebihan kitab ini di samping membawakan kepada anda perbahasan yang baik, sistematik, gaya penulisannnya dan olahannya yang mudah dicerna, ia turut dilengkapi dengan takhrij hadis berdasarkan kitab-kitab Asy-Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah. Ini bertujuan supaya kita tidak ragu-ragu lagi dengan status hadis-hadis yang dikemukakan oleh buku ini selain memudahkan dalam membuat rujukkan atau semakkan langsung.

Kandungan mengikut jilid:

Jilid 1; Kitab Thaharah (bab air, bejana, kaedah menghilangkan najis, bab wudhu', bab mengusap khuf, adab buang air, hukum mandi, tayammum, haidh.

Jilid 2; Kitab Solat (waktu-waktu solat, azan, syarat-syarat solat, sutrah, bab masjid, sifat-sifat solat, pelbagai solat-solat sunnah, hukum musafir, solat Juma’at, dan bab pakaian). Kitab perbahasan Jenazah, Kitab Zakat, dan Jual Beli.

Jilid 3; Kitab Jual-beli, Nikah, kekeluargaan, thalak, Jinayaat (Jenayah), Memerangi Pemberontak, Memburu Orang Murtad, dll.

Jilid 4; Kitab hudud (hukuman pelaku zina, penuduh zina, hukum pencuri, hukum peminum arak). Kitab Jihad (bab jizyah, gencatan senjata, hukum pertandingan dan memanah). Kitab Sumpah & Nadzar. Kitab Qadha (bab syahadah, Ad-Da’awi (pendakwaan), dan bayyinat (pembuktian)). Kitab Al-Itq’ (memerdekakan hamba, mudabbar, mukatab, dan ummu walad). Kitab Al-Jami’ (bab etika, al-birru (berbuat baik), shilah (perhubungan), zuhud, wara’, peringatan terhadap akhlak tercela, anjuran berakhlak mulia, bab dzikir dan doa).

Semoga bermanfaat.

 

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net