Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Fiqih Islam wa Adillatuhu

Fiqih Islam wa Adillatuhu
Fiqih Islam wa Adillatuhu
Terbitan: Gema Insani
Product Code: Gema Insani
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 28 x 20 x 33

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM1,200.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Fiqih Islam wa Adillatuhu | Judul Asal (Arab): Al-Fiqhul Islami wa Adillatuhu | Penulis: Dr. Wahbah Az-Zuhaily | Penerbit: Gema Insani dan Darul Fikir | Berat: 16.4kg | Muka Surat: 10 Jilid lengkap, Hard cover | ISBN: 9789790772304 |


Ini adalah terjemahan kitab Fiqhul Islami wa Adillatuhu (Fiqh dan Perundangan Islam) karya Dr. Wahbah Az-Zuhaily rahimahullah yang cukup dikenal dalam dunia fiqh kontemporari. Buku ini memaparkan dan menghimpunkan khazanah perbahasan fiqh Islam empat mazhab ahli sunnah wal-jama’ah dari mazhab Abu Hanifah, Maliki, Syafi’i, dan Hanbali.

Perbahasan buku ini dimulakan dengan mukaddimah terkait selok-belok fiqh Islam dan keistimewaannya, sejarah ringkas tokoh-tokoh dan perkembangan mazhab-mazhab fiqh dalam Islam, perpekstif perbezaan ijtihad fiqh dalam Islam, lalu kemudian barulah dimulakan dengan perbahasan fiqhnya, yakni thaharah, waktu-waktu solat, solat dan jenis-jenisnya, puasa, zakat, haji, umrah, korban, aqiqah, sembelihan, mu’amalah, pernikahan, jihad, jual-beli, sewa-menyewa, jenayah, perundangan, qadha, hudud, dan banyak lagi yang lainnya yang semuanya termuat dalam 10 jilid lengkap.

Secara ringkas, berikut adalah sebahagian dari pembahagian bab-bab perbahasan dengan berdasarkan jilid:

JILID 1: Pengantar Ilmu Fiqih, Tokoh-tokoh Mazhab Fiqh, perbahasan niat, Thaharah, Solat.

JILID 2: Solat-sofat fardhu, Solat-solat Sunnah, Zikir Setelah Solat, Qunut dalam Solat, Solat Jama’ah, Solat Jama’ dan Qashar.

JILID 3: Puasa, I’tikaf, Zakat, Haji dan Umrah.

JILID 4: Sumpah, Nadzar, Hal-hal yang dibolehkan dan dilarang, Korban dan ‘Aqiqah, Teori-teori Fiqh.

JILID 5: Hukum Transaksi Kewangan Islam, Transaksi jual beli, insurans, Khiyar, Akad Jual Beli, Akad Ijarah.

JILID 6: Jaminan, Pengalihan hutang, Gadaian, Paksaan, Kepemilikan.

JILID 7: Sistem Ekonomi Islam, Pasar Kewangan, Hukum Hadd Zina, Qazaf, Pencurian.

JILID 8: Jihad, Pengadilan dan Mekanisme Mengambil Keputusan (mahkamah), Pemerintahan Dalam Islam.

JILId 9: Pernikahan, Talak, Khulu’, Meng-‘illa’ isteri, li’an, Zhihar, masa ‘iddah.

JILID 10: Hak-hak Anak, Wasiat, Wakaf, dan Warisan.

Semoga bermanfaat

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net