Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Shahih Bukhari

Mukhtashar Shahih Bukhari
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.6 x 21.5 x 3.6

ISBN: 9786027637559
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Shahih Bukhari | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Shahih Al-Bukhari | Penulis/Penyusun: Al-Imam Az-Zabidi rahimahullah | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Azzam Kuwais, dan Ibnu ‘Abdil Bar | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1541g | Muka Surat: 927m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 27.6cm (tinggi) x 21.5cm (lebar) x 3.6cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-55-9 |


Bagi umat Islam, Shahih Al-Bukhari adalah merupakan kitab rujukan utama pada membukukan hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Shahih Al-Bukhari merupakan kitab rujukan terpenting setelah Al-Qur’an pada menjelaskan tentang hakikat Islam, tauhid, dan syari’at secara umum. Kerananya, tidak hairan jika ramai orang yang ingin mempelajari dan mendalami kitab tersebut. Sayangnya, banyak yang menemui kesukaran ketika mempelajarinya. Di antara sebabnya adalah kerana cakupannya yang sangat luas, hadis-hadis yang luas maknanya, banyaknya hadis-hadis yang disebutkan secara berulang-ulang dan belum jelas temanya, serta fiqh keterkaitan antara judul bab dan hadis-hadis di bawahnya.

Sebahagian dari kesukaran tersebut akhirnya cuba dirungkai oleh Al-Imam Az-Zabidi melalui karyanya ini, yakni Mukhtashar Shahih Al-Bukhari (ringkasan Shahih Al-Bukhari). Dalam kitab ini Al-Imam Az-Zabidi mengumpulkan hadis-hadis yang tampak bertebaran dan berulang-ulang di pelbagai bab dalam Shahih Al-Bukhari, lalu kemudian beliau berusaha memposisikannya di tempat (bab) yang dipandang paling tepat seraya mengelakkan berlakunya pengulangan di pelbagai bab yang lainnya. Beliau memiliki metode khas sekaligus menjadi keistimewaan bagi kitab ini, di antaranya:

> Hanya mengambil hadis-hadis yang memiliki sanad yang muttashil (rantai periwayatan yang bersambung dan tidak terputus). Sebaliknya, jika hadisnya terputus (maqthu’ atau mu’allaq) beliau tidak mencantumkannya ke dalam mukhtasharnya ini.

> Jika ada hadis yang disebut secara ringkas di tempat (bab) yang pertama, namun di riwayat yang lainnya hadis tersebut disebut dengan lebih lengkap dan memiliki tambahan makna maka yang dipilih adalah yang kedua, manakala yang pertama ditinggalkan. Ini kerana hadis yang kedua telah mencakupi makna yang pertama.

> Sanad-sanad periwayatan hadis diringkaskan dan disebutkan sebatas nama sahabat yang meriwayatkannya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Methodologi yang digunakan oleh Al-Imam Az-Zabidi di dalam kitab ini memiliki keistimewaan tersendiri; menjadikan sebuah kitab yang besar dan rumit kepada sebuah kitab yang lebih ringkas dan mudah, namun tetap mengekalkan rangkuman makna dan faedah-faedahnya yang luas. Sehingga ianya menjadi lebih mudah untuk ditela’ah dan dikuasai oleh para penuntut ilmu sebelum menguasai kitab asal yang lebih luas dan rumit.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net