Judul: Muhammad Ibn Abd Al-Wahhab | Judul Asal (‘Arab): - | Penulis/Penyusun: Zakaria @ Mahmod Bin Daud | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: - | Penerbit: Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) | Berat: 385g | Muka Surat: 216m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 22.2 cm (tinggi) x 14.5 cm (lebar) x 1.6 cm (tebal) | ISBN: 978-983-4614-56-0 |
Persoalan tentang ajaran Muhammad ibn Abd Al-Wahhab atau lebih dikenali dengan ajaran Wahhabi sering ditimbulkan dalam kalangan masyarakat sejak dahulu hingga kini. Ada yang menganggap bahawa ajaran Wahhabi ini tidak menyeleweng daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa Al-Jama’ah, sebaliknya ada juga yang berpendapat ajarannya terkeluar daripada ajaran Ahl al-Sunnah wa Al-Jama’ah. Melalui buku Muhammad ibn Abd Al-Wahhab ini, penulis berjaya mengupas persoalan tentang pemikiran tokoh ini, antaranya tentang tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah, Al-Asma’ wa al-Sifat, tawassul, dan syafa’at. Penulis juga mengemukakan pandangan ulama dan sarjana Barat terhadap pemikiran beliau. Penulis menegaskan bahawa ajaran Wahhabi ini tidak terpesong daripada ajaran Islam berdasarkan fakta dan hujah ilmiah yang disokong oleh nas Al-Qur’an dan hadith.
Penulis buku ini, Dr. Zakaria @ Mahmod Daud ialah pensyarah kanan di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bharu, Kelantan. Beliau adalah mantan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam, University Malaya. Bidang kepakaran beliau adalah akidah dan perbandingan agama.
Semoga bermanfaat.