Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Al-Adzkar Imam An-Nawawi

Al-Adzkar Imam An-Nawawi
Al-Adzkar Imam An-Nawawi Al-Adzkar Imam An-Nawawi Al-Adzkar Imam An-Nawawi
Terbitan: Kuttab Publishing
Product Code: Kuttab
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 17.8 x 4

ISBN: 9786028171106
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00 RM89.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Al-Adzkar Imam An-Nawawi | Judul Asal (‘Arab): Al-Adzkar; Al-Muntakhabah min Kalaami Sayyidi Al-Abrari Shallallahu ‘alaihi wa Sallam | Penulis/Penyusun: Imam An-Nawawi | Tahqiq/Takhrij: Ishamuddin Ash-Shababti | Penterjemah: Taufik Aulia Rahman | Penerbit: Kuttab Publishing | Berat: 1353g | Muka Surat: 790 m/s (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6 cm (tinggi) x 17.8 cm (lebar) x 4.0 cm (tebal) | ISBN:  978-602-8171-10-6 |


Ini adalah terjemahan kitab tersohor milik Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H), iaitu kitab Al-Adzkar Al-Muntakhabah min Kalaam Sayyidil Abraar. Atau masyhur dikenali dengan nama Al-Adzkar An-Nawawiyah.

Dalam kitab ini, Al-Imam An-Nawawi rahimahullah membukukan (menghimpunkan) lebih dari 1000 hadis-hadis doa dan dzikir-dzikir daripada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan hadis-hadis yang berkaitan dengannya sama ada kafiyat (tata cara), lafaz, mahupun fadhilat.

Atas metode ini, kitab ini sangatlah bermanfaat bagi sesiapa yang mahu mengetahui dan mendalami doa-doa harian dan dzikir-dzikir harian yang terdapat dalam hadis-hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berserta adab-adab dan etikanya.

Al-Imam An-Nawawi mengatakan di dalam mukaddimah buku ini:

“Bahawa sebaik-baik keadaan seorang hamba adalah di saat dia berdzikir kepada Rabb-Nya, iaitu Rabb sekalian alam. Dia menyibukkan dirinya dengan dzikir-dzikir yang diriwayatkan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, pemimpin seluruh Rasul.”

Para ulama telah menulis banyak kitab yang berkaitan dengan amalan seharian, doa-doa, dan dzikir-dzikir yang diketahui oleh mereka yang telah mengenal Allah Subhanahu wa Ta’ala. Namun semua itu terlalu panjang dengan banyaknya sanad dan pengulangan sehingga menjadikan orang yang ingin mempelajarinya merasa jemu. Maka di sini, aku (Imam An-Nawawi) berhasrat untuk memudahkan hal tersebut bagi yang menginginkan. Kemudian aku menghimpunkan kitab ini sebagai suatu ringkasan terhadap tujuan-tujuan yang aku sebutkan di atas, dan bukan untuk mengetahui sanad-sanadnya, kerana kebanyakan mereka tidak menyukainya kecuali sedikit. Kerana tujuan yang sebenarnya adalah untuk mengetahui dzikir-dzikir tersebut, lalu mengamalkannya. Kemudian aku jelaskan hal-hal yang kelihatan samar bagi mereka yang ingin mencari petunjuk, dan insyaAllah sebagai ganti dari sanad-sanad yang tidak aku sertakan tersebut, aku akan sertakan hal yang lebih penting lagi, iaitu menjelaskan status hadis tersebut sama ada sahih, hasan, dha’if, atau mungkar.

Ini adalah yang lebih diperlukan oleh semua orang kecuali sedikit dari kalangan ahli hadis. Ini adalah suatu hal penting yang wajib untuk dipegang teguh, lagi diperlukan oleh para penuntut ilmu dari kalangan penghafaz, demikian juga dengan para imam, aku juga menyertakannya dengan beberapa dasar penting ilmu hadis, perincian hukum-hakam fiqh, kaedah-kaedah penting, galakkan, dan etika atau adab-adab yang penting yang perlu diketahui oleh mereka yang mendalami tasawuf. Aku akan menjelaskan semua itu dengan bahasa yang mudah difahami oleh kalangan awam dan kaum terpelajar.” (lihat: Mukaddimah Al-Adzkar)

Buku ini secara umumnya, dibahagikan mengikut bab-bab tertentu tentang doa-doa, dzikir-dzikir, dan adab-adab tertentu dalam Islam. Di antara bab-bab tersebut adalah seperti:

1, Mukaddimah, keutamaan dan kedudukan dzikir, serta adab-adab asas tentang dzikir dan doa.

2, Keutamaan dzikir.

3, Doa-doa seharian.

4, Adab-adab terhadap Al-Qur’an.

5, Bab Pujian terhadap Allah.

6, Selawat ke Atas Nabi.

7, Dzikir-dzikir dan Doa-doa untuk hal-hal khusus tertentu.

8, Dzikir-dzikir yang dibaca ketika solat, baik solat wajib ataupun yang sunnah.

9, Dzikir-dzikir tentang Ramadhan, dan bulan-bulan tertentu.

10, Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan haji.

11, Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan jihad.

12, Dzikir-dzikir ketika makan dan minum.

13, Dzikir dan adab-adab ketika bersin, serta sunnah mendoakan keselamatan.

14,  Dzikir-dzikir yang berkaitan dengan pernikahan.

15, Bab nama dan kun-yah (gelaran).

16, Pelbagai dzikir-dzikir yang bersifat umum.

17, Bab menjaga lisan.

18, Adab-adab berdoa.

19, Bab Istighfar.

Dan banyak lagi sub-perbahasan yang lainnya yang mana di dalamnya menghimpunkan pelbagai jenis doa dan dzikir-dzikir yang diambil dari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net