Judul: Aqidah ath-Thahawiyah (Prinsip-prinsip Aqidah Salaf) | Judul Asal (Arab): Aqidah ath-Thahawiyah | Penulis: Abu Ja'far Ahmad B. Muhammad Ath-Thahawi | Penerbit: Pustaka At-Taqwa | Berat: 150g | Muka Surat: 178m/s.
Buku ini membawakan kepada kita prinsip-prinsip aqidah ahlus sunnah wa jama'ah yang disebutkan imam Abu Ja'afar Ahmad b. Muhammad at-Thahawi. Aqidah ahlus sunnah wal jama'ah yang sebenar adalah berpandukan kepada aqidah yang diimani dan difahami oleh generasi para sahabat. Mereka semua berpegang teguh dengan al-Qur'an dan as-Sunnah.
Sesiapa yang mengetahui aqidah yang dipegang oleh para salaf tetapi lalu dia menyelisihi aqidah tersebut, maka dia adalah ahlul bid'ah dan sesat, kerana menyalahi jalan kaum muslimin. Aqidah umat Islam yang benar hanyalah satu, yang tidak dibahagikan kepada beberapa golongan dan mazhab. Malah yang sebenarnya, itulah aqidah ahlus sunnah wal jama'ah, dan selainnya adalah batil. Maka, dengan prinsip-prinsip yang diletakkan melalui kitab ini, perhatikan dan renungkanlah setiap perjalanan dan pegangan yang kita ambil dan tempuhi supaya kita akan terus selamat sehingga ke syurga.