Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Kalimatil Ikhlash Ibnu Rajab Al-Hanbali

Syarah Kalimatil Ikhlash Ibnu Rajab Al-Hanbali
Terbitan: Griya Ilmu
Product Code: Griya Ilmu
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.5 x 1.6

ISBN: 9789792409659
Availability: In Stock
Price: RM36.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Kalimatil Ikhlash | Judul Asal (‘Arab): Syarhu Kalimatil Ikhlash | Penulis/Penyusun: Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H) | Syarah dan Penjelasan: Asy-Syaikh ‘Abdurrahman Bin Nashir Al-Barrak | Tahqiq/Takhrij: Asy-Syaikh ‘Abdurrahman Bin Nashir Al-Barrak | Penterjemah: Amiruddin Djalil| Penerbit: Griya Ilmu | Berat: 489g | Muka Surat: 240 m/s. (Hard cover) | Ukuran buku: 24.6cm (tinggi) x 16.5cm (lebar) x 1.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-2409-65-9 |


Risalah ringkas ini difokuskan pada kalimat yang besar, agung, dan mulia, yakni kalimat tauhid “Laa ilaaha illallaah Muhammadur Rasulullaah.” Pentingnya risalah ini seiring dengan pentingnya menyelami hakikat kalimat agung tersebut, yang merupakan kepala bagi Islam dan kunci menuju Negeri kebahagiaan. Di atasnya dibina agama dan ditegakkan kiblat. Dengan kalimat ini seluruh manusia akan ditanya baik manusia dari generasi terdahulu, mahupun terakhir. Asas kepada tujuan penciptaan dan perintah, kemudian ganjaran (pahala) dan ancaman (adzab), adalah kerana kalimat ini. Dengan sebab kalimat ini jugalah, manusia terbahagi menjadi mukmin dan kafir serta terbahagian antara pelaku kebaikan dan pelaku dosa.

Risalah ini disusun oleh Al-Imam Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah (Wafat: 795H), seorang ‘alim, Al-Hafiz (pakar dalam bidang hadis), faqih, dan pakar dalam aqidah. Beliau adalah Syaikh Al-Islam dari negeri Baghdad. Risalah ilmiyah ini adalah di antara warisan-warisan berharga tinggalan beliau yang harumnya semerbak bak aroma kasturi.

Di dalamnya dipaparkan dengan jelas dan terang seluruh hal yang terkait dengan kalimat ikhlash.

Setiap muslim meyakini bahawa anak kunci Syurga adalah laa ilaaha illallaah.

Al-Imam Wahb bin Munabbih rahimahullah (Wafat: 110H) pernah ditanya:

أَلَيْسَ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مِفْتَاحُ الجَنَّةِ؟

“Bukankah laa ilaaha illallaah adalah kunci Syurga?”

Beliau pun menjawab:

بَلَى، وَلَكِنْ لَيْسَ مِفْتَاحٌ إِلَّا لَهُ أَسْنَانٌ، فَإِنْ جِئْتَ بِمِفْتَاحٍ لَهُ أَسْنَانٌ فُتِحَ لَكَ، وَإِلَّا لَمْ يُفْتَحْ لَكَ

“Benar, akan tetapi tidak ada satu kunci pun melainkan memiliki gigi-giginya. Apabila engkau datang membawa kunci yang memiliki gigi-gigi (yang betul) nescaya akan dibukakan untukmu, dan jika tidak maka ia pun tidak akan dibukakan untukmu.” (Shahih Al-Bukhari, 2/71)

Jadi, apakah dan bagaimanakah gigi-gigi bagi kunci Syurga tersebut?

InsyaAllah, temukan jawabannya melalui buku ini.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net