Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mukhtashar Shahih Muslim karya Al-Imam Al-Mundziri

Mukhtashar Shahih Muslim karya Al-Imam Al-Mundziri
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 27.6 x 21.2 x 4

ISBN: 9786027637498
Availability: Out Of Stock
Price: RM100.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mukhtashar Shahih Muslim | Judul Asal (‘Arab): Mukhtashar Shahih Muslim | Penulis/Penyusun: Al-Imam Al-Mundziri rahimahullah (581H-656H) | Tahqiq/Takhrij: Penyusun | Penterjemah: Rohmad Arbi Nur Shoddiq, DKK | Penerbit: Ummul Qura | Berat: 1410g | Muka Surat: 1015 m/s. (Hard cover, helaian kertas berkualiti tinggi, kertas Al-Quran) | Ukuran buku: 27.6cm (tinggi) x 21.2cm (lebar) x 4.0cm (tebal) | ISBN: 978-602-7637-49-8 |


Hadis atau Sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam merupakan sumber hukum setelah Al-Qur’an. Membenarkan hadis adalah bahagian yang tidak terpisahkan dengan iman kepada Al-Qur’an. Sebagaimana halnya orang yang mengucapkan syahadah, dia tidak disebut muslim selagi dia tidak mengakui kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad  Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dengan kata lain, syahadah laa ilaaha illallaah belum memasukkan pengucapannya ke dalam Islam sampailah dia bersyahadah (mengakui) bahawa Muhammad adalah utusan Allah.

Memahami Al-Qur’an tidak mungkin dapat dilakukan dengan benar, sebagaimana yang Allah maksudkan, kecuali dengan merujuk kepada sunnah atau hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sebab, para shahabat yang merupakan generasi pertama dari umat ini, yang sudah mendapatkan jaminan sebagai kaum yang Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepada Allah, dalam memahami dan mengamalkan Al-Qur’an adalah melalui penjelasan yang Rasulullah sampaikan. Para ulama menyimpulkan bahawa sunnah atau hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memiliki fungsi yang sangat penting terhadap Al-Qur’an, iaitu sebagai:

1, Penguat bagi ayat-ayat Al-Qur’an.

2, Penjelas bagi sesuatu yang bersifat umum dari Al-Qur’an, seperti penjelasan tata cara solat, nishab zakat, dan yang lain seumpamanya.

3, Pengikat sesuatu yang bersifat umum, seperti permasalahan wasiat.

4, Mengkhususkan sesuatu yang bersifat umum dalam Al-Qur’an, seperti hadis tentang harta yang ditinggalkan Nabi adalah sebagai sedekah, tidak diwariskan.

5, Menetapkan hukum yang tidak disebutkan di dalam Al-Qur’an. Misalnya, larangan memakai emas dan sutera bagi kaum lelaki.

Demikianlah pentingnya kedudukan hadis dalam Islam, Allah memberikan keistimewaan kepada umat ini dengan menghadirkan para ulama rabbani yang tsiqah (terpecaya) dalam menjaga agamanya. Mereka berpegang-teguh pada sunnah Al-Habib Al-Musthafa Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan menjaga sunnah nabawiyyah dari segala pemalsuan. Mereka mengetahui mana hadis-hadis yang sahih kemudian mengambilnya dan mana hadis-hadis yang dha’if atau yang tidak sahih lalu mereka mengasingkannya dan meninggalkannya. Ada banyak kitab-kitab hadis yang ditulis oleh para ulama ahli hadis. Di antara kitab-kita hadis yang paling diakui kesahihannya adalah karya Al-Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim. Manakala Kitab yang sedang di tangan pembaca ini adalah versi ringkasan dari kitab Shahih Muslim.

Kitab Shahih Muslim merupakan kitab hadis umat Islam. Ia diyakini sebagai salah satu Kitab paling sahih setelah Al-Qur’an dan Shahih Al-Bukhari. Ditulis oleh Abu Al-Husain Muslim bin Al-Hajjaj Al-Qusyairi An-Naisaburi pada era 200H. Dalam menyusun kitab ini, Imam Muslim memilih dan mencantumkan 4000 hadis sahih, yang beliau sarikan dari 300,000 hadis hafalan beliau. Namun jika tanpa pengulangan, ia terdiri dari 3,033 hadis menurut penomboran Syaikh Muhammad Fuad bin ‘Abdulbaqi.

Buku yang sedang di tangan pembaca ini adalah versi ikhtishar (ringkasan) dari kitab Shahih Muslim yang berjudul Mukhtashar Shahih Muslim yang diringkaskan dan disemak oleh Al-Imam Al-Mundziri rahimahullah. Kitab ringkasan ini memuatkan 2193 hadis. Beberapa perkara yang dilakukan Imam Al-Mundziri dalam meringkas kitab Shahih Muslim ini antara lain adalah:

1, Kandungan kitab langsung masuk ke Kitab Al-Iman. Bahagian mukaddimah dari kitab aslinya tidak beliau ringkaskan. Boleh jadi, menurut pertimbangan beliau, mukaddimah merupakan bahagian yang terpisah dari kandungan asal kitab sehingga beliau tidak mencantumkannya. Wallahu a’lam.

2, Dalam meringkas Shahih Muslim, Al-Imam Al-Mundziri memasukkan setiap cakupan perbahasan dalam kitab aslinya. Hanya cuma, ada hadis-hadis yang tidak beliau cantumkan. Ini dapat diketahui melalui jumlah hadis dalam kitab aslinya adalah 3,033 manakala dalam versi ringkasan ini hanya berjumlah 2,188. Selain itu, hadis pertama dalam Kitab Al-Iman di kitab aslinya adalah hadis tentang kedatangan Jibrail, namun hadis ini tidak dicantumkan dalam Kitab Al-Iman tersebut.

3, Urutan hadis dalam Mukhtashar Shahih Muslim berbeza dengan versi kitab asli, Shahih Muslim. Dengan kata lain, urutan hadis disusun berdasarkan ijtihad penulis, Imam Al-Mundziri.

Tujuan Imam Al-Mundziri meringkas Kitab Shahih Muslim adalah seperti yang beliau sebutkan pada mukadimah beliau, iaitu agar para penuntut ilmu dan para penghafal hadis mudah mencari hadis-hadis yang dicarinya di kitab atau bab-bab di kitab ini.

Mengingat akan pentingnya kitab ini bagi kaum muslimin, sama ada bagi kalangan awam apatah lagi yang terpelajar, maka pihak penerbit telah berusaha menerbitkan edisi terjemahan kitab Mukhtashar Shahih Muslim ini agar dapat membantu masyarakat untuk mempelajari dan mengkajinya di masjid-masjid, pusta-pusat pengajian mahupun di rumah.

Akhir kata, semoga usaha dalam penerbitan kitab ini menjadi tabungan amal soleh bagi semua pihak yang terlibat, dan sebagai pemberat timbangan kebajikan. Hanya kepada Allah semata kita memohon pertolongan dan ampunan, dan Dia-lah sebaik-baik pemberi pertolongan. Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Semoga bermanfaat.


Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net