Item: Kurma Ajwa Madinah | Jenama/Packaging: Atsar Ent. | Berat: 300g (termasuk bekas) | Kandungan: Kurma Ajwa, 300g.
Ini adalah Kurma Ajwa atau ‘Ajwah dari Madinah. Mengandungi khasiat sebagaimana disebutkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam hadisnya:
إِنَّ فِي عَجْوَةِ الْعَالِيَةِ شِفَاءً، اَوْإنَّهَا تِرْيَاقٌ، أَوَّلَ الْبُكْرَةِ
“Sesungguhnya pada kurma ‘Ajwah Al-‘Aaliyah (di dataran tinggi di kota Madinah berdekatan Nejd) itu mengandungi penawar atau suatu penawar yang bersifat anti racun apabila diambil (dimakan) pada awal pagi.” (Shahih Muslim, no. 2048)
Kata Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H):
إنَّ هذا فى عجوة المدينة، وهى أحدُ أصناف التمر بها، ومن أنفع تمر الحجاز على الإطلاق، وهو صِنف كريم، ملذذ، متين للجسم والقوة، مِن ألين التمر وأطيبه وألذه
“Al-‘Ajwah di sini adalah kurma Ajwah Al-Madinah, iaitu sejenis kurma di kota Madinah, dikenal sebagai kurma Hijaz yang terbaik lagi bermanfaat dari seluruh jenisnya. Bentuknya amat bagus, lazat, teksturnya agak kukuh, dari jenis yang lembut, empuk, dan lazat.” (Zaadul Ma’ad, 4/341)
Dalam hadis di Sunan Abi Daud, diriwayatkan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
مَنْ تَصَبَّحَ سَبْعَ تَمَرَاتٍ عَجْوَةٍ لَمْ يَضُرَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ سَمٌّ وَلَا سِحْرٌ
“Sesiapa yang bersarapan (makan pagi) dengan tujuh biji kurma ‘ajwah, maka pada hari tersebut dia tidak akan dibahayakan dengan racun dan tidak juga sihir.” (Sunan Abi Dawud, no. 3876. Dinilai sahih oleh Al-Albani)
Semoga bermanfaat sebagai santapan berkhasiat lagi bernilai perubatan.
Stok terhad, sila pesan secara online selagi ada dalam stok atau boleh juga hubungi kami untuk tempahan di talian 012-6887715.