Judul: Agar Sakit Membawa Kebaikan | Judul Asal (‘Arab): Hamsah fi Udzun Maridh | Penulis/Penyusun: Dr. Ahmad bin ‘Abdurrahman Al-Qadhi | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Fahrizal Tirmidzi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 34g| Muka Surat: 46 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 14.7cm (tinggi) x 10.0cm (lebar) x 0.4cm (tebal) | ISBN: 978-602-6845-06-1 |
Ujian dan cubaan merupakan Sunnatullah yang berlaku pada semua hamba-Nya, dan di antara ujian yang hampir semua manusia mengalaminya adalah sakit.
Ketika sakit, sering kali seseorang mengeluh, sedih, gelisah, gundah, bersikap negatif, dan kehilangan semangat hidup yang terkadang membuatnya melakukan hal-hal yang menyelisihi syari’at.
“Buku Agar Sakit Membawa Kebaikan” ini, dengan didukung oleh dalil-dali dari Al-Qur’an dan As-Sunnah, memaparkan prisip-prinsip asas yang penting untuk diketahui oleh orang yang sakit, agar sakit yang dideritanya mendatangkan banyak kebaikan, sama ada ketika di dunia mahupun di akhirat.
Selain itu, buku ini turut memaparkan penjelasan tambahan berkaitan tata cara bersuci dan solat bagi orang yang sakit, kerana sakit tidaklah menggugurkan kewajiban solat bagi seorang muslim.
Semoga bermanfaat.