Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Shafar 1437 (Disember 2015) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 190g | Ukuran: (27.6x20.5x0.35)cm | Muka Surat: 96m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi Shafar 1437 (Disember 2015)
1, Doa Meminta Perlindungan Dari Bala’ Yang Berat.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya);
Bolehkah Menulis/Membaca Al-Qur’an Dengan Tulisan Latin?
Bolehkah Menjamak Solat Juma’at dengan ‘Ashar?
Najiskah Air Liur Yang Terkeluar Dari Mulut?
Berapa Lamakah Tempoh/Jarak Masa Antara Adzan dan Iqamah?
3, Kolum Tafsir; Jika Beragama Dengan Mengikuti Kebanyakan Orang.
4, Kolum Hadits; Wasiat Agung Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
5, Kolum Hadits Lemah & Palsu; Hadis Lemah Terkait Memakmurkan Masjid.
6, Perbahasan Utama; Perintah Menyempurnakan Shaf Solat Jama’ah.
7, Perbahasan Utama; Luruskanlah Shaf Atau Hati Kalian Akan Bercerai-berai.
8, Perbahasan Utama; Kesan Negatif Dari Shaf Yang Tidak Lurus.
9, Perbahasan Utama; Alasan Menolak Meluruskan Shaf.
10, Kolum Aqidah Islamiyyah; Tauhid Ar-Rububiyah (Bahagian 2).
11, Kolum Manhaj; Ahlus Sunnah wal-Jama’ah Mengimani Seluruh Nash Al-Qur’an dan As-Sunnah.
12, Kolum Fiqih; Haruskah Berturutan Dalam Perlaksanaan Solat Fardhu (Ketika Menjamak Solat)?
13, Kolum Al-Kaba’ir (Dosa-dosa Besar); Kezaliman Sebab Bangkrut di Hari Kiamat.
14, Kolum Sirah Nabawiyah; Kisah Taubat 3 Orang Sahabat Yang Tidak turut Serta Dalam Perang Tabuk.
15, Waqi’ina; Perpaduan Umat Islam.
16, Kolum Baituna (Rumah Kami); Sebahagian Permasalahan Keluarga dan Solusinya.
17, Kolum Uswah Nabi; Makan Tapi Tidak Kenyang.
18, Fadhail; Keutamaan Amal Soleh Yang Dilakukan Secara Berterusan Walaupun Sedikit.
19, Tarbiyatul Aulad; Mendesaknya Pendidikan Anak.
20, Fikih Usrah; Nazhor (Calon Isteri).
21, Syakhshiyah; Shafiyyah binti ‘Abdulmuththalib.
22, Bonus Khuthbah Juma’at; Pengaruh Ilmu.
Semoga bermanfaat.