Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Mencintai Rasulullah Sebagaimana Para Sahabat Mencintai Beliau

Mencintai Rasulullah Sebagaimana Para Sahabat Mencintai Beliau
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.4 x 12.6 x 0.6

ISBN: 9789799137579
Availability: In Stock
Price: RM8.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Mencintai Rasulullah Sebagaimana Para Sahabat Mencintai Beliau | Judul Asal (‘Arab): Hubb An-Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ‘alamatuhu | Penulis: Asy-Syaikh Dr. Fadhl Ilahi | Tahqiq/Takhrij: Penulis | Penterjemah: Zainal Abidin Syamsuddin | Penerbit: Darul Haq | Berat: 120g | Muka Surat: 119 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.4cm (tinggi) x 12.6cm (lebar) x 0.6cm (tebal) | ISBN: 978-979-9137-57-9 |


Mencintai Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam termasuk di antara kewajiban yang paling prinsip bagi setiap Muslim, kerana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidaklah beriman salah seorang dari kalian sehingga aku lebih dicintai dari orang tuanya, anaknya sendiri, dan manusia seluruhnya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 15. Muslim, no. 44)

Dari itu, mencintai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam adalah suatu kewajiban yang agung bagi setiap Muslim; dan semua kaum Muslimin insya Allah sepakat mengenai ini. Akan tetapi, apa yang telah kita lakukan untuk membuktikan kecintaan kita kepada beliau? Apa bukti bahawa kita mencintai beliau?

Telusurilah buku ini, setelah mengawali perbahasan mengenai wajibnya mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, diikuti pula keutamaan-keutamaannya yang agung dan buah-buah manis dari cinta yang jujur kepada beliau. Buku ini memajang cermin lebar kepada kita tentang fakta-fakta integriti dan kejujuran para sahabat radhiyallahu ‘anhum dalam membuktikan jujurnya cinta mereka kepada sang kekasih agung, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Tidak lain, yang setiap dari itu bertujuan agar kita mahu berkaca dan melihat ke dalam relung sanubari kita, sebatas mana kadar kejujuran cinta kita kepada beliau.

Ada empat tanda utama mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang dikupas secara fokus dan tuntas dalam buku ini:

Pertama, memiliki keinginan kuat untuk melihat dan menjadi sahabat beliau.

Kedua, mengerahkan jiwa dan harta demi membela beliau.

Ketiga, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan beliau.

Keempat, membela Sunnah dan Syari’at beliau.

Setiap dari tanda cinta ini diperjelas dengan contoh-contoh yang benar dari fakta-fakta dan riwayat-riwayat hadis yang sahih. Penulis turut menjabarkan tentang kisah para sahabat yang telah melakarkan bukti cinta mereka dalam sejarah dengan tinta emas, sehingga akan sentiasa menjadi kenangan indah dan teladan bagi generasi sesudah mereka, hingga batas waktu yang hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala . Inilah sajian indah bertabur nasihat dan pencerahan, bagi mereka yang ingin menyertai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Syurga, atau paling tidak, berbahagia dengan syafa’at beliau di Hari Kiamat nanti.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net