Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ziarah Kubur Yang Ternoda, Menyingkap Fenomena Ziarah Kubur Yang Mengandungi Kesyirikan

Ziarah Kubur Yang Ternoda, Menyingkap Fenomena Ziarah Kubur Yang Mengandungi Kesyirikan
Terbitan: Darul Haq
Product Code: Darul Haq
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 17.6 x 12.5 x 0.7

ISBN: 9789791254670
Availability: In Stock
Price: RM9.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ziarah Kubur Yang Ternoda, Menyingkap Fenomena Ziarah Kubur Yang Mengandungi Kesyirikan | Judul Asal (‘Arab): Ziyarah Al-Qubur Asy-Syar’iyyah wa Asy-Syirkiyyah | Penulis: Al-Imam Muhyiddin Al-Barkawi rahimahullah (Wafat: 981H) | Tahqiq/Takhrij: Dr. Muhammad bin ‘Abdurrahman Al-Khumais | Penterjemah: Muhammad Ruliyandi | Penerbit: Darul Haq | Berat: 0.12kg | Muka Surat: 122 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 17.6cm (tinggi) x 12.5cm (lebar) x 0.7cm (tebal) | ISBN: 978-979-1254-67-0 |


Dalam hadis sahih, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang umat beliau membuat sebarang binaan di atas kuburan, mengapurinya (atau menyimennya), menulis di atasnya, dan memijaknya. Tetapi lihatlah, betapa banyak kaum Muslimin yang melanggarnya dan tidak mengindahkan pesanan Nabi ini?

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah mengutus ‘Ali bin Thalib radhiallahu ‘anhu untuk meratakan setiap kuburan yang tampak meninggi (dengan binaan-binaan) dan menghancurkan setiap patung-patung. Tetapi lihatlah, patung-patung serta gambar-gambar dengan segala bentuknya dipajang di jalanan dan lebuhraya-lebuhraya, dan kuburan-kuburan dibinakan padanya binaan-binaan sampai ada yang bagai istana, lengkap dengan kubah dan mihrabnya (dijadikan sebagai tempat lawatan, tempat berdoa, dan tempat mengambil berkah). Subhanallaah...

Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam juga melarang kita menjadikan kuburan sebagai tempat berkumpul dan melakukan perayaan, tetapi lihatlah, sebahagian dari kaum Muslimin datang ke kuburan dengan membawa makanan, bahkan haiwan ternak untuk disembelih di sana. Bahkan mereka menjadikan kuburan laksana masjid, tempat duduk-duduk sambil membaca Al-Qur’an dan berdzikir.

Ingatkah kita pada salah satu pesan dan peringatan terakhir Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam buat kita di saat menjelang wafatnya? Iaitu beliau menjelaskan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala melaknat kaum Yahudi dan Nasrani kerana menjadikan kuburan para nabi mereka serta kubur orang-orang soleh mereka sebagai tempat-tempat untuk ibadah. Akan tetapi lihatlah, begitu banyak kuburan yang dijadikan tempat solat, berdoa, dan membaca Al-Qur’an.

Adakah masih tidak jelas semua peringatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ini?

Banyak tata cara ziarah kubur, tujuan asal ziarah kubur, serta adab-adab ziarah kuburan yang ternodai sehingga hakikat asal ziarah yang disyariatkan dalam Islam menjadi kabur. Akhirnya sampai menjadikan amalan ziarah kubur yang sepatutnya membuahkan pahala kepada suatu perbuatan yang penuh dengan kemungkaran yang paling mungkar.

Sebahagian contoh yang disebutkan ini termasuk perbuatan-perbuatan yang menyebabkan ziarah kubur menjadi ternoda; paling minima adalah noda-noda bid’ah, kalau bukan noda syirik dan kufur.

Padahal, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah membimbing kita bagaimana seharusnya berziarah kubur yang benar, apa tujuan-tujuan berziarah, dan bagaimana pula adab-adabnya. Ketetapan Nabi ini adalah suatu syari’at untuk kita patuhi, agar amalan ziarah kubur diredhai Allah Subhanahu wa Ta’ala seraya menjadi suatu ibadah yang mendatangkan manfaat bagi yang berziarah mahupun yang diziarahi.

Dan buku ini mengulas secara epik dan luas segala hal yang berkaitan dengan ziarah kubur; agar ia benar-benar sesuai dengan ketentuan Syari’at, agar tidak ternoda dengan kebatilan dan kesyirikan.

Semoga bermanfaat.

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net