Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Syarah Hadits Jibril oleh Asy-Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad

Syarah Hadits Jibril oleh Asy-Syaikh Abdul Muhsin Al-Abbad
Terbitan: Cahaya Tauhid Press
Product Code: Cahaya Ilmu Press
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 21 x 14 x 1.4

ISBN:
Availability: Out Of Stock
Price: RM21.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Syarah Hadits Jibril | Judul Asal: Syarhu Hadits Jibril fi Ta’lim Ad-Diin | Penulis: Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad Al-Badr | Tahqiq/Takhrij: - | Penterjemah: Abu Muhammad Farhan | Penerbit: Cahaya Ilmu Press | Berat: 0.266kg | Muka Surat: 221 m/s. (Soft cover) | Ukuran buku: 21cm (tinggi) x 14cm (lebar) x 1.4cm (tebal) |


Buku di hadapan anda ini adalah Syarah dari hadis Jibril ‘alaihis salaam yang telah masyhur di tengah-tengah kaum muslimin, iaitu hadis yang diriwayatkan dari Sahabat Nabi ‘Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu ‘anh. Adapun yang memberikan syarah, yang menjabarkannya, dan yang menghuraikan faedah-faedahnya adalah Al-‘Allamah Al-Muhaddits Asy-Syaikh ‘Abdul Muhsin Al-‘Abbad hafidzahullah, salah seorang ulama hadis paling senior dari Kota Madinah yang masih hidup saat ini.

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menyebutkan tentang hadis Jibril yang dimaksudkan ini:

“Dan ketahuilah bahawa hadis ini mengumpulkan pelbagai macam ilmu, pengetahuan-pengetahuan, adab-adab, dan hikmah-hikmah yang lembut. Bahkan hadis ini adalah termasuk tunjang dasar agama Islam...”

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (datuk kepada pemilik Tafsir Al-Qurthubi) berkata:

“Hadis ini tepat untuk dikatakan sebagai induk dalam As-Sunnah, kerana perkara-perkara yang terkandung di dalamnya mengumpul pelbagai ilmu-ilmu As-Sunnah.”

Ibnu Daqiq Al-‘Ied dalam Syarh Al-Arba’in berkata:

“Hadis ini seperti induk As-Sunnah sebagaimana Al-Fatihah disebut sebagai induk Al-Qur’an, kerana kandungannya yang telah mengumpulkan makna-makna Al-Qur’an.”

Al-Hafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali berkata di kitab Syarh beliau, Jaami’ Al-‘Ulum wa Al-Hikam:

“Ini adalah hadis yang agung yang mengandungi keterangan seluruh agama ini. Oleh sebab itulah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda di akhir hadis ini, “Dia adalah Jibril yang mendatangi kalian untuk mengajarkan kalian agama kalian...” setelah menjelaskan tingkatan Islam, iman, dan ihsan, iaitu menyatakan ianya sebagai “...agama kalian.”

Bagi edisi terjemahan ini, penjelasan bagi setiap bahagian diberikan tajuk sebagai isyarat untuk fokus sub-perbahasan.

Banyak sekali faedah yang dapat dipetik dan dituai dari hadis yang agung ini, bermula dari perkara aqidah, ibadah, adab dan akhlak serta faedah-faedah berharga lainnya.

Semoga ianya menjadi syarah yang sangat bermanfaat buat semua dalam perjalanan mendapatkan redha Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net