Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Jumadil Akhir 1436H (April 2015M) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 180g | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi Jumadil Akhir 1436H (April 2015M)
1, Doa agar diberi hati yang tsabat, salim, dan lisan yang jujur.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya); Darjat hadis keutamaan membaca surah Al-Waqi’ah dan Al-Mulk di setiap malam? Hukum nikah berwalikan hakim, sahkah? Hukum membaca surah As-Sajdah dan Al-Insan dalam solat Subuh di pagi Jumaat, apa statusnya?
3, Kolum Tafsir; Bersama Orang Yang Jujur.
4, Kolum hadis; Hak Allah yang Wajib Dipenuhi oleh Para Hamba.
5, Kolum hadis dha’if dan maudhu’; Status Hadis Bertakbir Untuk Memadamkan Kebakaran.
6, Perbahasan utama; Pengaruh Kejujuran dalam Kehidupan Peribadi dan Bermasyarakat.
7, Perbahasan utama; Orang Jujur Hebat di Dunia & Akhirat.
8, Perbahasan utama; Jujur Hati, Lisan & Perbuatan.
9, Kolum ‘Aqidah; Jika Kubur Dijadikan Tuhan.
10, Kolum Manhaj; Anjuran Islam Untuk Mempunyai Semangat dan Mentaliti yang Tinggi.
11, Kolum Kaba’ir (Dosa-dosa Besar); Jauhi Judi Agar Tidak Rugi!
12, Kolum Fiqih; Al-Hawalah atau Al-Hiwalah dalam Hukum Fikih.
13, Kolum Sirah Nabawiyah; Perang Tabuk atau Al-‘Usrah.
13, Kolum Al-Qowa’id Al-Fiqhiyyah; Setiap Ibadah yang Dilaksanakan Berdasarkan Dalil Syar’i tidak boleh Dibatalkan kecuali dengan dalil Syar’i yang lainnya.
14, Khuthbah Juma’at; Hikmah Pembahagian Rezeki yang Tidak Sama.
15, Kolum Baituna (keluarga); Talak bid’ah (Bid’ah dalam Talak)!
16, Kolum Uswah Nabi; Pendidikan Nabi tidak Dibatasi oleh Ruang Waktu.
17, Kolum Fadha’il; Keutamaan Membaca dan Merenungkan Ayat Al-Kursi.
18, Kolum Sakinah; Mengikuti Pemahaman Menyimpang Isteri kerana Kasihankan Anak.
19, Tarbiyatul Aulad (pendidikan anak); Akhlak Mulia VS Akhlak Tercela.
20, Kolum Shakhshiyyah; Sisi Lain Zaid bin Tsabit radhiyallahu ‘anhu.
Semoga bermanfaat.