Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya; karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali

Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya; karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali
Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya; karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya; karya Syaikh Wahid Abdussalam Bali
Terbitan: Ummul Qura
Product Code: Ummul Qura (1(4))
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 18 x 3.5

ISBN: 9786027637313
Availability: In Stock
Price: RM84.00 RM73.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Ruqyah, Jin, Sihir dan Terapinya | Judul Asal (‘Arab): Wiqaayatul Insaani minal Jinni wasy-Syaithaani Ash-Shaarimul Bataari fit Tashaddi lis Saharati Al-Asyraar  | Penulis: Syaikh Wahid ‘Abdussalah Bali | Tahqiq/Takhrij: Syaikh Wahid ‘Abdussalah Bali | Penerbit: Ummul Qura | Penterjemah: Team Penterjemah Ummul Qura | Berat: 1300gram | Muka Surat: 709m/s., (Hard cover) | Ukuran: 24.6(Tinggi)x18(Lebar)x3.5(Tebal)cm |


Syaikh Abu Bakr Jabir Al-Jaza’iri mengulas tentang buku ini:

“Saya ingin bercerita, ketika saya sedang berada di masjid Nabawi yang mulia, Syaikh Wahid ‘Abdussalam Bali berjumpa dengan saya. Beliau memberikan bukunya yang berjudul “Wiqaayatul Insaan minal Jinn wasy-Syaithaan”. Beliau meminta saya dengan sungguh-sungguh agar membaca buku tersebut. Kemudian memberikan pandangan saya tentang bukunya tersebut.

Saya pun memenuhi permintaannya walaupun saya sendiri banyak tugas dan sangat sibuk. Setelah membaca buku ini dari awal sampai akhir, saya dapati bahawa buku ini sangat baik dan tidak ada kesalahan-kesalahan di dalamnya. Sama ada kesalahan cara pandang mahupun kesalahan cara mengemukakan dalil (hujah). Buku ini sangat tepat dan sesuai dengan judulnya, di samping isinya yang sangat memuaskan dan cukup lengkap.

Dalam buku ini, Syaikh Wahid menjawab dan menepis pandangan-pandangan keliru dari sebahagian kelompok sesat yang menafikan keberadaan jin dalam tubuh manusia, dan berbicara melalui lisan manusia dan mendorong orang yang dirasukinya mengikuti kehendaknya.

Buku dan penulisnya ini diperindah, serta disemak lagi oleh penerbit. Dengan hanya menampilkan hanya hadis-hadis yang sahih dan hasan sahaja, disertai dengan takhrijnya yang merujuk kepada sumber asli dan pentakhrijnya. Serta meninggalkan hadis-hadis yang dha’if dan bathil. Sehingga, para pembaca dan penela’ah serta orang-orang yang ingin mengambil manfaat dari buku ini merasa puas. Semoga Allah ‘Azza wa Jalla memberikan balasan kepada beliau (Asy-Syaikh Wahid) dengan balasan orang-orang yang berbuat kebaikan.

Jika sebuah buku biasanya dibaca dari judul tajuknya sebagaimana yang masyhur diperkatakan, namun buku Syaikh Wahid ini memberikan dua faedah sekaligus yang terkumpul padanya:

Pertama: Penetapan aqidah Islam yang menjelaskan kewujudan bangsa jin, fenomena kewujudan dan pengaruh perbuatan serta tindakan mereka dalam kehidupan, sama ada dari sisi kebaikan, kejahatan, manfaat, mahupun mudharat.

Kedua: Penjelasan mengenai perlindungan diri dan ruqyah (penjagaan) yang bersesuaian dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah, dalam mengatasi gangguan jin dan Syaitan. Buku ini menggabungkan antara penjelasan penyakit dan terapinya. Dan ini merupakan keistimewaan yang besar, sehingga menjadikannya sangat sesuai untuk dibaca dan difahami oleh setiap orang yang beriman.

Akhir kata, saya berdoa, “Ya Allah, berikanlah manfaat kepada penulis buku ini dari apa yang telah beliau tuliskan. Berikanlah manfaat kepada pencari kebenaran dalam masalah ini, sehingga dia dapat mengetahuinya dan memperoleh petunjuk kerananya.”

Semoga selawat serta salam tercurahkan kepada baginda Nabi Muhammad, segenap keluarga serta para sahabat beliau seluruhnya.”

Secara umumnya, buku ini:

  • Buku ini mengajak untuk memahami selok-belok sebahagian dari juzuk alam dan makhluk ghaib.
  • Disajikan secara ilmiyah lengkap dengan nota kaki dan sumber rujukan yang autentik dari Al-Qur'an, As-Sunnah, dan nukilan-nukilan dari kitab-kitab para ulama ahlus sunnah di era silam.
  • Menjelaskan kewujudan dan hakikat Jin dan Syaitan, sifat-sifatnya, karektor, jenis-jenisnya, dan kehidupan mereka. Sekaligus mengenal siapakah mereka?
  • Mengenal pasti keterkaian alam manusia dan alam Jin/Syaitan secara syar'i.
  • Mengenal Syaitan sebagai musuh bagi manusia.
  • Memahami bagaimana Syaitan boleh mengganggu dan merasuk manusia.
  • Mengenal tanda-tanda terkena gangguan Syaitan dan jin.
  • Mempelajari petunjuk dan bimbingan syar'i untuk membentengi diri dari gangguan Jin dan Syaitan, seraya merawat diri dari gangguan mereka.
  • Himpunan ayat-ayat Al-Qur'an dan dzikir-dzikir yang disunnahkan untuk dibaca ketika meruqyah (merawat) gangguan dan rasukan Jin/Syaitan.
  • Kisah-kisah penulis berdialog dengan jin, dan bolehkah percakapan jin diterima keabsahannya?
  • Memahami sihir, hakikat sihir, jenis-jenis dan pembahagian sihir, kaitan sihir dengan jin/Syaitan, hukum sihir, bahaya sihir, dan cara melawan sihir.
  • Bolehkah jin/syaitan menampakkan diri mereka di hadapan manusia?
  • Semua ini dan banyak lagi dibahaskan melalui buku ini.
  • Buku ini disusun oleh seorang pakar khusus dalam bidangnya, yakni Asy-Syaikh Wahid bin AbdisSalam Bali. Seorang tokoh dari Mesir yang banyak mengkaji dan mengajar praktis perawatan serangan Sihir, Jin dan Syaitan.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net