Judul: Majalah As-Sunnah Edisi Rabi’ul Akhir 1436H (Februari 2015M) | Penyusun: Team Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta | Penerbit: Yayasan Lajnah Istiqomah | Berat: 180g | Muka Surat: 79 m/s. (soft cover)
Majalah As-Sunnah adalah majalah dakwah Islamiyyah Ahlus Sunnah wal Jama’ah yang diterbitkan oleh Yayasan Lajnah Istiqomah Surakarta sejak tahun 1992 yang insya Allaah terbit setiap bulan.
Mengusung motto “Upaya Menghidupkan Sunnah”, team majalah menyeru para pembaca untuk sentiasa mendasari amal ibadah dengan semata-mata ikhlas kerana Allah Ta’ala dan mengikuti petunjuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersesuaian dengan pemahaman para Salafush Shalih. Sejalan dengan hal tersebut team majalah As-Sunnah sentiasa mengajak pembaca untuk menyedari bahaya bid’ah dan firqah-firqah yang menyimpang (aliran sesat) yang semakin hari semakin menyebar dan berleluasa di tengah masyarakat.
Secara garis besar, dakwah melalui majalah As-Sunnah ini meliputi:
1, Ajakan kepada kaum Muslimin untuk kembali kepada al-Qur’an dan Sunnah yang shahih dengan pemahaman Salafush Shalih.
2, Tashfiyah, yaitu memurnikan ajaran Islam dari segala noda syirik, bid’ah, khurafat, serta gerakan-gerakan dan pemikiran-pemikiran yang merusak ajaran Islam.
3, Tarbiyah (mendidik), kaum muslimin berdasarkan ajaran Islam yang murni.
4, Menghidupkan pola pikir ilmiah berdasarkan al-Qur’an dan as-Sunnah dengan pemahaman Salafush Shalih.
5, Mengajak kaum Muslimin untuk hidup Islami, sesuai dengan manhaj Ahlus Sunnah wal Jama’ah.
Antara Topik-topik Edisi Rabi’ul Akhir 1436H (Februari 2015M)
1, Doa memohon agar dipelihara dengan Islam.
2, Kolum Tanya/Jawab (antaranya); Istighfarnya wanita, bilakah solat ghaib dilakukan, hukum sujud syukur sempena hari pahlawan, waris saudara seibu berbeza bapa.
3, Kolum Tafsir; Pedagang Yang Tidak Lalai.
4, Kolum hadis; Orang Yang Solat Dijamin Syurga.
5, Kolum hadis dha’if dan maudhu’; Jihad terbesar dan Jihad paling kecil.
6, Perbahasan utama; Erti Shalat Seorang Muslim.
7, Perbahasan utama; Keutamaan-keutamaan Shalat.
8, Perbahasan utama; Keteladanan Ulama Salaf Dalam Shalat Berjama’ah.
9, Perbahasan utama; Hukum Meninggalkan Shalat.
10, Perbahasan utama; Dua Moment Penting (Bagi Seorang Manusia).
11, Kolum ‘Aqidah; Tauhid Sebagai Aqidah Pegangan Manusia.
12, Kolum Manhaj; Ahlus Sunnah Paling Sayang Kepada Manhaj.
13, Kolum Kaba’ir (Dosa-dosa Besar); Persaksian Palsu!
14, Kolum Fiqih; ‘Aqiqah untuk Buah Hati.
15, Kolum Al-Qowa’id Al-Fiqhiyyah; Mengejar Ibadah Yang Jika Terlewat/Terlepas, Tidak Ada Badalnya (gantinya) Lebih Utama Dari Mengejar Ibadah Yang Ada Badalnya.
16, Khuthbah Juma’at; Merenungi Surah Al-Humazah.
17, Kolum Baituna (keluarga); Mendengar Pandangan Isteri!
18, Kolum Uswah Nabi; Petunjuk Ketika Mendengar Kentut.
19, Kolum Fadha’il; Keutamaan Perempuan Yang Sentiasa Menetap di Rumah.
20, Kolum Sakinah; Adakah Orang Tua dan Mertua Mendapat Hak Yang Sama, Serta Hak Mereka Dalam Masalah Kewangan?
21, Tarbiyatul Aulad (pendidikan anak); Mendidik Anak Berakhlak Mulia.
22, Kolum Shakhshiyyah; Bakti Abu Hubairah radhiyallahu ‘anhu.