Item: Tursina Extra Virgin Olive Oil 120 Kapsul | Jenama: Tursina Virgin Oil | Pengeluar: Depo Herbal Food| Berat: 96gram | Kandungan: 500mg x 120 kapsul. [Disediakan oleh Atsar Ent., www.atsar.ilmusunnah.com]
Allah Ta’ala menyebutkan minyak zaitun sebagai minyak dari pohon yang diberkahi. Ini tertera dalam Surah An-Nuur ayat 35.
Juga di firman-Nya yang lain, Allah menyebutkan:
وَشَجَرَةً تَخْرُجُ مِنْ طُورِ سَيْنَاءَ تَنْبُتُ بِالدُّهْنِ وَصِبْغٍ لِلْآكِلِينَ
“Dan pohon yang keluar dari Thursina, yang menghasilkan minyak dan menjadi lauk (kuah) bagi orang-orang yang makan.” (Surah Al-Mu’minuun, 23: 20)
Kemudian dalam hadis di Sunan At-Tirmidzi, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
كُلُوا الزَّيْتَ وَادَّهِنُوا بِهِ فَإِنَّهُ مِنْ شَجَرَةٍ مُبَارَكَةٍ
“Makanlah az-zayt (buah zaitun), dan jadikanlah ia sebagai minyak, kerana ia dari pohon yang diberkahi.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 1851, 1852)
Ketika zaman Nabi, minyak zaitun memang telah sedia dikenali dan dijadikan sebagai sebahagian dari makanan orang-orang ketika itu. Malah sehingga kini pun minyak zaitun memang dimaklumi termasuk antara campuran utama dalam makanan atau masakan orang-orang ‘Arab dan Eropah.
Selain sebagai campuran dalam makanan, minyak zaitun juga cukup terkenal antaranya sebagai bahan yang mengandungi nilai perubatan dan turut disebutkan dalam kitab-kitab Thibbun Nabawi (perubatan Nabi) seperti antaranya karya Imam Ibnul Qayyim dan yang lainnya.
Pada hari ini, minyak zaitun dalam kajian sains dan perubatan, ia memang dikenal dan diperakui mampu menjaga kesihatan jantung dan peredaran darah, bersifat anti-oxidant, mengawal kadar lemak dalam tubuh, membantu pembentukan tulang, menjaga kesihatan kulit, melambatkan kadar proses penuaan, membantu sistem penghadaman, dan dipercayai mampu membantu mempertingkatkan daya imuniti tubuh.
Minyak Zaitun Secara ringkas
Buah zaitun, atau nama saintifiknya, Olea europaea adalah termasuk produk atau hasil bumi yang memiliki keutamannya tersendiri.
Tinggi pokoknya kira-kira tiga meter yang hanya tumbuh di daerah yang beriklim Mediterranean. Daunnya hijau terang dan buah yang masak ranum berwarna ungu kehitaman serta amat kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K, Omega 3 & 6, dan zat besi. Buah zaitun yang paling baik kualitinya ialah yang dihasilkan di bumi Palestine (Syam), kemudian diikuti dengan Greece (menurut sebahagian penelitian). Bagaimanapun, Sepanyol dan Itali merupakan pengeluar minyak zaitun terbesar. Namun begitu 40% daripada minyak zaitun yang dijual di negara tersebut adalah berasal dari Syria.
Minyak zaitun digunakan secara meluas dalam produk makanan, perubatan, produk farmasi, produk kecantikan (kosmetik), lampu tradisional, dan masakan.
Virgin Olive Oil
Hasil minyak zaitun yang paling berkualiti adalah hasil dari ekstrak (perahan) pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia, pelarut, atau haba dan mengandungi kadar asid yang rendah (kurang dari 0.8%), memiliki rasa yang enak, dan dianggap fresh. Dan inilah yang dikenali sebagai minyak zaitun dara extra, atau disebut sebagai “Extra Virgin Olive Oil.”
Manakala perahan kedua, biasanya dikenal sebagai “virgin olive oil”, dan perahan seterusnya dikenal sebagai “pure olive oil.”
Minyak zaitun dara extra mempunyai daya merawat dan melawan penyakit, dan ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan. (lihat: http://www.oliveoiltimes.com/extra-virgin-olive-oil)