Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Wali Allah atau Wali Syaitan?

Wali Allah atau Wali Syaitan?
Wali Allah atau Wali Syaitan?
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i
Product Code: Pustaka Imam asy-Syafi'i
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23.7 x 15.5 x 2.5

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM50.00 RM42.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Wali Allah atau Wali Syaitan? | Judul Asal (‘Arab): ‘Al-Furqan baina Auliyaa’ur Rahman wa Auliyaausy Syaithaan | Penulis: Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) | Tahqiq/Takhrij: Dr. ‘Abdurrahman bin ‘Abdul Karim Al-Yahya | Penerbit: Pustaka Imam Asy-Syafi’i | Penterjemah: Umar Mujtahid | Berat: 690gram | Muka Surat: 416m/s. (Soft cover) | Ukuran: 23.7(Tinggi)x15.5(Lebar)x2.5(Tebal)cm |


Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ أَوْلِيَائِيَ مِنْكُمُ الْمُتَّقُونَ، مَنْ كَانُوا أَوْ حَيْثُ كَانُوا

“Sesungguhnya para wali-Ku adalah orang-orang yang bertaqwa, siapapun mereka, atau di manapun mereka.” (Dzilal al-Jannah, no. 212, 1011)
 
Mungkin sebahagian dari kita pernah mendengar kisah-kisah manusia ajaib, pelik, punya kuasa sakti, punya kemampuan luar biasa, sehingga dikatakan ada manusia boleh terbang melayang di udara, berjalan di atas air, berjalan atas bara api, tidak lut (tembus dan cedera) dek senjata, mampu melihat sebahagian perkara ghaib, dan seumpamanya. Lalu dikatakan mereka yang punya kuasa atau kemampuan luar biasa seperti ini langsung dikatakan termasuk wali-wali Allah?! Sampai ada yang mengimani bahawa termasuk tanda wali Allah, adalah mereka pasti punyai karamah dan kehebatan luar biasa lagi pelik-pelik?!
 
Sejauh mana kebenaran perkara-perkara seperti ini? Adakah ia benar-benar wujud dalam dunia nyata manusia? Atau sekadar kisah-kisah fiksyen mainan wayang dan khabar-khabar dongeng?
 
Lalu kemudian, benarkah kewujudan karamah pada diri seseorang langsung dianggap sebagai tanda wali Allah? Apa pula yang dimaksudkan sebagai karamah itu? InsyaAllah, sama-sama kita singkap tabir rahsia persoalan ini.
 
Ikuti Buku Ini
 

InsyaAllah, melalui ini Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengajak para pembaca menyelami hakikat kewalian dengan benar dan lebih dalam lagi. Menyingkap rahsia hakikat para wali Allah, siapa mereka, hakikat kewujudan dan bukti-bukti karomah para wali serta bentuk-bentuk atau contoh-contohnya berdasarkan nash dan riwayat-riwayat sahih dari kalangan salaf, perbezaan wali Allah dengan wali Syaithon, karomah yang benar dengan karomah syaithaniyyah, adakah setiap wali harus dengan karomah, adakah tujuan pengabdian kepada Allah adalah mencapai maqam karomah, dan pastinya banyak lagi dikupas oleh penulis di dalam buku ini.

Selamat menelaah dengan tenang dan jiwa yang lapang, walaupun kandungannya penuh mendebarkan.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net