Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Umdatul Fiqh, Fikih Dasar Untuk Para Pemula

Umdatul Fiqh, Fikih Dasar Untuk Para Pemula
Terbitan: Al Qowam
Product Code: Al-Qowam (4/4)
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 23 x 15 x 2.1

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM25.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Umdatul Fiqh, Fikih Dasar Untuk Para Pemula | Judul Asal (‘Arab): ‘Umdatul Fiqh fil Madzhab Al-Hanbali | Penulis: Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H) | Tahqiq/Takhrij: Ahmad Muhammad Azuz | Penerbit: Al-Qowam | Penterjemah: Muhammad Al-Fatih | Berat: 418gram | Muka Surat: 300m/s. (Soft cover) | Ukuran: 23(Tinggi)x15(Lebar)x2.1(Tebal)cm |


Syaikh Al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) berkata:

“Tidak ada seorang pun yang masuk ke Syam setelah Al-Imam Al-Auzaa’i yang lebih faqih dari Syaikh Muwaffaq (yakni Ibnu Qudamah Al-Maqdisi).”

Ibnu Qudamah adalah merupakan seorang tokoh besar dalam bidang fiqh khasnya dari kalangan mazhab Hanbali. Beliau lahir pada tahun 541H di Nablus Palestin dan wafat pada tahun 620H. Beliau berguru antaranya kepada Abulmakarim Al-Azdi dan Abul Ma’ali Ad-Dimasyqi, dan ketika beliau rehlah ke Baghdad beliau berguru kepada Syaikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani serta para ulama Baghdad yang lainnya. Selain dikenal dalam bidang ilmu, beliau juga termasuk seorang mujahid di jalan Allah dan sempat berjihad di belakang pimpinan Shalahuddin Al-Ayyubi.

Buku yang ada di depan kita saat ini adalah salah satu buah karya berharga peninggalan beliau. Buku ini berjudul ‘Umdatul Fiqh yang merupakan matan atau himpunan kesimpulan-kesimpulan bagi setiap cabang perbahasan fiqh yang lengkap secara umum, dan terkhusus berdasarkan madzhab Hanbali. Buku ini juga termasuk buku yang menjadi dasar atau pegangan penting dalam rujukan fiqh mazhab Hanbali.

Mempelajari ilmu fiqh tidaklah mudah bagi para pemula dan sudah tentu memerlukan masa yang panjang memandangkan banyaknya pendapat, perselisihan, dan riwayat dalam pelbagai kitab-kitab fiqh secara umum sehingga menjadikan sebahagian penuntut ilmu bingung, putus asa, dan keliru dalam memilih pendapat. Namun, ianya dapat diatasi seandainya para pemula memulakan pengajiannya secara tadarruj (berperingkat) dan tidak tergesa-gesa. Antaranya para penuntut ilmu dari kalangan pemula boleh memulakannya dengan mempelajari kitab-kitab matan seumpama ‘Umdatul Fiqh ini dengan terlebih dahulu menancapkan kefahaman dasar dan asas pada dirinya secara global dan menyeluruh bagi setiap cabang-cabangnya. Lebih-lebih lagi sebaik memahami kandungan buku ini, insyaAllah akan mampu membuahkan ilmu buat para pemula bagi mengangkat kewajiban yang dibebankan atas setiap mukallaf.

Kitab ini termasuk kitab yang menjadi dasar dan rujukan penting dalam kalangan mazhab Hanbali dan penuntut ilmu sebelum boleh melangkah setapak lagi ke peringkat berikutnya yang lebih luas dan merinci.

Selain kitab ini, Al-Imam Ibn Qudamah juga telah menyusun kitab lanjutan sebagai rujukan dan pembelajaran bagi para penuntut ilmu yang sangat bermanfaat dengan judul Al-Muqni’, kemudian Al-Kaafi. Kitab Al-Muqni’, di dalamnya beliau riwayatkan sebahagian pendapat ulama bagi menguatkan pendapat-pendapat fiqh mengikut babnya. Manakala bagi kitab Al-Kaafi, di dalamnya beliau sertakan sebahagian dari dalil-dalil yang menjadi landasan penting untuk setiap kesimpulan yang terbina bagi mendukung pendapatnya atau pendapat-pendapat dari mazhab Hanbali yang beliau rajihkan (atau kuatkan).

Manakala satu lagi kitab fiqh yang terbilang besar yang merupakan susunan beliau dan merupakan lanjutan dari kitab-kitab tadi, adalah kitab Al-Mughni yang merupakan syarah paling lengkap bagi matan kitab Mukhtashar Al-Khiraqi. Di dalamnya beliau membahas dengan sangat terperinci pendapat-pendapat fiqh dari pelbagai mazhab berserta dalil-dalil yang menguatkan setiap pendapat-pendapat tersebut. Ia merupakan kitab fiqh perbandingan antara yang terawal dan terluas pada ketika itu.

Susunan bab dalam fiqh Mazhab Hanbali

Berikut kami senaraikan bab-bab utama yang terangkum di kitab Umdatul Fiqh ini menurut urutan susunan fiqh mazhab Hanbali:

Kitab Thaharah

Kitab Solat

Kitab Zakat

Kitab Puasa

Kitab Haji dan Umrah

Kitab Jual Beli

Kitab Ijarah

Kitab Wakaf

Kitab Wasiat

Kitab Faraid

Kitab Nikah

Kitab Persusuan

Kitab Mahar

Kitab Talak

Kitab Zhihar

Kitab Lian

Kitab Makanan

Kitab Haiwan Buruan

Kitab Sumpah

Kitab Jinayat

Kitab Diyat

Kitab Hudud

Kitab Jihad

Kitab Qadha (pengadilan/mahkamah)

Kitab Kesaksian.

Semoga bermanfaat. [Disediakan oleh team Atsar Ilmu Sunnah]

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net