Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Dzammul Hawa, Melepaskan Diri Dari Belenggu Hawa Nafsu

Dzammul Hawa, Melepaskan Diri Dari Belenggu Hawa Nafsu
Terbitan: Pustaka Azzam
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.5 x 16.2 x 3.1

ISBN: 9789795926894
Availability: In Stock
Price: RM64.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Dzammul Hawa, Melepaskan Diri Dari Belenggu Hawa Nafsu | Judul Asal (‘Arab): Dzammul Hawa (Celaan Terhadap Hawa Nafsu – pent.) | Penulis: Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Isham Faris Al-Harastani & Muhammad Ibrahim Az-Zaghli | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Penterjemah: Masturi Irham | Berat: 914gram | Muka Surat: 651m/s. (Hard cover)


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى (40) فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَى

“Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Rabb-nya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya Syurgalah tempat tinggal(nya).” (Surah An-Naazi’at, 79: 40-41)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرَعَةِ إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ

“Bukanlah orang yang syadid (kuat) itu orang yang mampu mengalahkan orang lain, tetapi orang yang syadid itu adalah orang yang mampu menguasai hawa nafsunya ketika marah.” (Shahih Muslim, no. 2609)

 Dan ini adalah satu lagi buku karya Al-Imam Ibnul Jauzi rahimahullah (Wafat: 597H) yang telah siap diterjemahkan, iaitu yang berjudul Dzammul Hawa.

Buku ini sesuai dengan judulnya, mengupas secara tuntas dan meluas perbahasan tentang hawa nafsu. Di dalam bukunya ini beliau membawakan lebih dari 30 bab dalam membahaskannya. Pada perbahasan yang luas ini, di dalamnya tertuang ayat-ayat Al-Qur’an, tafsir, hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, atsar-atsar, dan banyak sekali kisah-kisah serta nukilan-nukilan indah dari para salaf.

Di antara sebahagian bab-bab yang tercakup padanya adalah:

1, Akal, keutamaan dan hakikatnya.

2, Celaan terhadap nafsu dan syahwat.

3, Pujian terhadap sabar dan anjuran bersabar.

4, Menjaga hati dari menyibukkan diri terhadap fitnah.

5, Perkara-perkara yang membuat hati berkarat.

6, Pembolak-balikan hati dan perawatannya agar kembali kepada Allah.

7, Perintah menjaga pandangan.

8, Buruknya pandangan yang haram.

9, Larangan memandang dan duduk bersama amrad.

10, Bahaya memandang wanita.

11, Pahala dan keutamaan menjaga pandangan.

12, Merawat kesedihan dan fikiran akibat memandang yang haram.

13, Apa yang harus dilakukan tatkala terpandang wnaita yang mempersona.

14, Fitnah wanita.

15, Peringatan keras terhadap fitnah dan tipu daya Syaitan.

16, Maksiat dan kesan buruknya.

17, Peringatan terhadap perbuatan kaum Luth.

18, Keutamaan mengingat Allah dan meninggalkan dosa.

19, Galakkan untuk menikah.

20, Akar rindu dan hakikatnya.

21, Kisah-kisah cinta terpilih.

22, Kufur akibat cinta.

23, Terbunuh kerana cinta.

24, Ubat cinta.

25, Himpunan pesanan dan nasihat.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net