Judul: Bekam, Sunnah Nabi & Mukjizat Medis | Judul Asal (Arab): al-Hijamah Sunnatun Nabawiyah wa Mu'jizatun Thibbiyyah | Penulis: Syihab al-Badri Yasin | Penerbit: Al-Qowam | Berat: 200g | Muka Surat: 123m/s.
Perlu kita akui, bahawa umat Islam pada ketika ini jarang sekali yang mahu mendalami dan mengamalkan ilmu perubatan warisan Nabi yang sangat lengkap. Di antara sebahagian amalan perubatan warisan Nabi (thibbun nabawi) yang dilupakan itu adalah bekam (al-hijâmah). Bahkan ramai di antara umat Islam yang sama sekali belum pernah mendengar istilah “bekam”, dan ini adalah merupakan suatu yang sangat naif sekali. Kerana bekam adalah sebuah kekayaan terpendam, mutiara tersembunyi, dan Sunnah Nabi yang memiliki mukjizat perubatan yang agung sebagai penyembuh dari segala penyakit, dengan izin Allah. Dunia perubatan moden pun ‘tercengang’ dengan model perubatan bekam ini yang terbukti memiliki daya penyembuh kepada pelbagai penyakit, bahkan yang tergolong penyakit akut, seperti penyakit jantung, paru-paru, tumor otak, diabetis, gagal ginjal, radang usus besar, lumpuh (stroke), kemandulan, wasir, dan lain sebagainya.