Senarai Penerbit
Categories
Maklumat Akaun

Dapatkan Sekarang

Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah karya Ibnul Qayyim

Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah karya Ibnul Qayyim
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Product Code: Pustaka Al-Kautsar
Ukuran Buku: (Tinggi x Lebar x Tebal)(cm) 24.6 x 16.1 x 2.7

ISBN:
Availability: In Stock
Price: RM60.00
Qty:     - OR -   Add to Wish List
Add to Compare

Judul: Buku Pintar Memutuskan Perkara | Judul Asal (‘Arab): Ath-Thuruq Al-Hukmiyyah fi As-Syar’iyyah Penulis: Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah | Ta’liq/Takhrij/Tahqiq: Isham Faris Al-Haratsani dan Hassan Abdul Mannan | Penerbit: Pustaka Al-Kautsar | Penterjemah: Muhammad Muchson Anasy, MA | Berat: 0.9kg | Muka Surat: 571 m/s. (Hardcover)


Politik telah menyebabkan banyak kaki jatuh tergelincir, dan banyak pemahaman menjadi melencong kerananya. Politik ibarat sebuah tempat yang menyebabkan banyak orang jatuh dalam kubangan yang penuh sengsara; ibarat medan perang yang sukar. Ada kelompok yang menjalankan politik dengan rakus, lalu mereka lalai pada batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh syari’at dan mereka pun melanggar hak-hak yang wajib ditunaikan. Mereka mendorong orang-orang zalim untuk berbuat kerosakan. Mereka membatasi cakupan syari’at, sehingga syari’at seakan-akan terkesan tidak memberikan mashlahat (kebaikan) pada kehidupan manusia. Kerana itu, syari’at seakan-akan memerlukan hal-hal lain sebagai tambahan. Mereka menutup bagi diri mereka sendiri jalan-jalan yang membimbing pada kebenaran, apalagi menerapkannya. Mereka mengabaikan kenyataan sama ada pada diri sendiri mahupun orang lain, bahawa hakikat syari’at itu bersesuaian dengan realiti.

Sungguh demi Allah, realiti tidak menafikan apa yang diajarkan oleh Rasulullah, walau adakalanya realiti semasa seakan menafikan hasil ijtihad beberapa hal dalam memahami syari’at. Ini disebabkan oleh kelemahan mereka yang gagal dalam memahami salah satu dari keduanya (syari’at dan realiti) dan gagal menyesuaikan realiti keadaan mereka dengan syari'at yang sahih.

Buku ini menjelaskan banyak sekali dari hal-hal penting yang wajib diusahakan oleh para penguasa kaum Muslimin, memahami tujuan pemerintahan dan kekuasaan, menjelaskan adab-adab sebagai pemerintah, kebijaksaan memutuskan perkara sebagai penguasa, menjelaskan contoh-contoh kebijaksanaan para penguasa terdahulu, contoh-contoh kes jenayah dan pentsabitan undang-undang di zaman Rasulullah, pelajaran dan pengajaran dari hadis, soal kesaksian, hukum-hakam pendakwaan dan pembelaan, kebijaksanaan sebagai hakim, hal-ehwal pentadbiran sesebuah negara, kepimpinan di medan perang, hukum ta’sir dan penetapan harga barang, penjagaan harta negara, nasihat-nasihat untuk pemerintah, dan banyak lagi untuk disebutkan di sini.

Buku ini memberikan petunjuk bagaimana seorang penguasa muslim seharusnya menerapkan pemerintahannya di atas dasar dan neraca keadilan menurut kacamata Islam. Dalam buku ini, penulis (Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah) turut menyebutkan hukum dan siyasah yang pernah dipraktikkan oleh Al-Khulafaur Rasyidin (Khalifah yang empat) dalam segala aspek kehidupan. Ibnul Qayyim menuliskan perkara tersebut dengan bahasa indah dan bermanfaat (dengan izin Allah). Beliau mempertemukan hikmah dan kekuasaan, seraya menjelaskan: bahawa siyasah adalah sebahagian dari agama, dan bahawa syari’at tidaklah membiarkan walau satu pun urusan kehidupan tanpa adanya hukum dan petunjuk yang mengaturnya.

Pentahqiq (penyemak manuskrip kitab ini), yakni Hasan Abdul Mannan telah berusaha men-takhrij hadis-hadis yang dimuatkan di dalam buku ini seraya menjelaskan status hadis-hadis tersebut. Semoga Allah membalas usahanya itu dengan segala kebaikan.

Segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam.

Semoga bermanfaat.

Semak Cara Membuat Belian dan Pesanan

 

Write a review

Your Name:


Your Review: Note: HTML is not translated!

Rating: Bad           Good

Enter the code in the box below:



© 2014 ATSAR Enterprise | Galeri Ilmu Ahli Sunnah. All Rights Reserved.

Website tuned by fidodesign.net